Carlo Rino Kongsi Koleksi Terkini Tahun Baru Lunar
Carlo Rino menyambut tahun baru dengan himpunan serba chic melalui koleksi Orion dan Logogram. Taktik gaya menyambut tahun baru bertambah menarik.
Koleksi Orion menyerlahkan bintang atau pesona dalam diri dengan beg tangan yang menggabungkan reka bentuk klasik dan moden yang pasti menarik perhatian sepanjang musim ini. Himpunan yang mempesonakan ini tampil memaparkan pilihan beg tangan yang mencerminkan penampilan unik, diserlahkan sebagai aksesori utama bagi melengkapkan gaya peribadi.

Beg silang atau crossbody Orion adalah aksesori yang mesti dimiliki dalam gerobok fesyen tahun baru. Beg silang merupakan pilihan stail terbaik bagi mereka yang ingin memiliki aksesori yang boleh digayakan dalam apa jua situasi tanpa mengabaikan aspek fesyen yang sama sekali penting.
Sama ada berpenampilan kasual yang serba relaks atau terarah gaya ‘fashion-forward’ yang lebih bergaya moden, ia sesuai untuk semua majlis. Direka bentuk dengan rangka yang unik, beg ini didatangkan dalam empat warna berbeza agar berupaya disesuaikan dengan karakter pemilik yang pelbagai.

Opsyen lain, Carlo Rino turut menawarkan beg bahu yang juga merupakan fokus utama dalam koleksi kali ini. Beg bahu Orion direka versatil, yang mana tali beg boleh dilaraskan mengikut kesukaan. Sama ada untuk memakai tali panjang atau pendek. Tambahan lagi, beg ini juga sesuai untuk dipadankan dengan hampir semua gaya pakaian, terutamanya penampilan kala menyambut tahun baru Lunar.
Aspek versatil merupakan tunjang utama kolekasi kasut Orion; dari siang hingga malam, dengan mudah bergaya dengan rekaan kasut Orion Slip on Pum dan kasut pump Modular. Sama ada anda penyuka gaya minimalis atau yang suka bereksperimen, sepasang kasut pump serba anggun ini berupaya membantu melengkapkan penampilan anda.
Koleksi Logogram, pilihan gaya untuk tahun baru…

Koleksi beg tangan serta aksesori Logogram pula tampil mencorakkan keperibadian dengan kesederhanaan dan keanggunan. Himpunan mesti miliki ini menampilkan cetakan legasi ikonik Carlo Rino dengan padanan rona gelap yang mudah disuai padan. Sesuai untuk para wanita ‘fashion-savvy’ yang sentiasa on the go, malah bakal menyempurnakan persalinan anda dari pejabat ke temujanji makan malam dengan ringkas sekali.
Koleksi Logogram menampilkan barisan beg yang memuatkan barang harian anda. Setiap beg dalam koleksi ini dihadirkan dalam enam gaya. Lantas, ia menggabungkan fesyen serta kefungsian dalam pelbagai pilihan untuk dipilih dan dihiasi balutan kanvas bercetak signatur monogram Carlo Rino. Yang secara istimewa direka dengan sentuhan grafik yang merepresentasikan tahun Lunar.
Semak koleksi Orion dan Logogram kreasi Carlo Rino sempena tahun Lunar…
- BEG SANDANG LOGOGRAM

Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
