fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Apakah Gaya Topi Kegemaran Ramai Kini?
GLAM Pick: Gaya Karpet Merah Anugerah SAG 2017
Kenali Rama Duwaji, “First Lady Gen Z” Bandar New York
The Best Red Bag Buat Tahun Lunar 2021 Setakat Ini!
Burberry Menyambut Tahun Kuda Dengan Warisan Dan Elegansi Moden
Home > Fesyen > Christian Louboutin Melancarkan Koleksi Sepatu Nude Baru

Christian Louboutin Melancarkan Koleksi Sepatu Nude Baru

Pakar kasut wanita Christian Louboutin telah mengeluarkan koleksi sepatu nude mereka, Nude Collection, empat tahun yang lalu dengan 5 rona nude yang kemudiannya ditambah dengan dua lagi rona untuk menampakkan kepelbagaian.

 

Foto: Christian Louboutin

Mereka kemudiannya menambah ballerina flats kepada rangkaian koleksi nude mereka dengan koleksi Solasofia yang menarik perhatian ramai kerana estetik yang mereka pamerkan melalui kempen koleksi tersebut.

 

Foto: Christian Louboutin

Tahun ini Louboutin meneruskan lagi usaha mereka untuk mengembangkan rangkaian nude dengan mengeluarkan dua koleksi sandal bertumit tinggi: Christeriva dan Cherrysandal yang sesuai dengan wanita yang menginginkan sofistikasi.

Rangkaian Christeriva diinspirasikan oleh kasut penari ballet dengan riben-riben menawan menampilkan stail yang glam dan feminin.

Cherrysandal pula memberikan ilusi sepatu minimal dengan strap yang bersambung dengan tali lutsinar.