Dato’ Sri Bernard Chandran Lancar Pameran Keempat
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioTernyata Dato’ Seri Bernard Chandran memang wajar dijulang sebagao King Of Fashion di Malaysia. Liganya bukan terhenti di Asia Tenggara. Malahan, beliau ligat di pentas antarabangsa. Mempunyai klien global seperti Lady Gaga dan Estelle. Serta, menjadikan Eropah sebagai gelanggang mempersembahkan koleksi fesyen tahunannya. Saban tahun, pasti kalander fesyennya lengkap dengan koleksi musim bunga dan luruh. Beliu juga tidak lupa akan tanah air. Maka ada himpunan raya dipertontonkan. Inilah pereka kelas A!

Tiba masuk penghujung tahun, Dato’ Sri Bernard Chandran mahu mengajak peminat fesyen lokal untuk melihat lebih dalam tentang perjalanan sebagai pereka fesyen. kini sudah masuk 34 tahun beliau menempa nama dalam arena fesyen. Sejak melancarkan jenama pada 1993, langkahnya terus laju mencari tempat dalam pasaran lokal. Kisah koleksinya dapat dilihat secara rumusan pada pameran keempat oleh beliau. Kali ini tajuknya adalah Dreams & Reality. Telah dibuka sejak 7 Desember dan akan berakhir pada 15 Janauri 2021 serta lokasinya di Fahrenheit88.

Di pameran ini ada lebih 150 gaya yang cukup dekat dengan pereka fesyen ini. Semuanya dikeluarkan semula daripada arkib khas untuk pengunjung melihat karyanya dengan lebih dekat. Ada 16 bilik dibahagikan mengikut tema. Ruang-ruang itu termasuk All White Now,Retro Futurism, Crystal Chic, In A Cinch, Silk Route, Cheongsamku dan Petang Raya yang menjadi acara penting dalam pertunjukan fesyen lebaran buat wanita kuala Lumpur. Petang Raya pertama kali diperkenalkan apda 2006 mempersembahkan seni artisan lokal dengan teknik yang radikal.

Melalui pameran Dreams & Realiti ini juga Dato’ Sri Bernard Chandran akan mengadakan masterclass yang menghimpunkan cediakiawan dalam arena fesyen dan kreativiti. AAda ruang The Studio di mana satu replika seakan atelier miliknya diwujudkan pada pameran ini. Di sini akan banyak berlangsung aktiviti, seperti bual bicara.
“Setelah 34 tahun dalam dunia ini, saya percaya yang ilmu perlulah dikongsi bersama agar dapat memberi inspirasi dan serta membina komuniti yang lebih dinamik lantas dapat menaikkan lagi jati kreativiti,” ujar Dato’ Sri Bernard Chandran.

Pautan Berkenaan: Retorik: Industri Fesyen Lokal dan Masa Depannya
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
