fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Matthieu Blazy Membawa Chanel Cruise 2026 Kembali Ke Laut
Nada Cinta Swarovski Dengan Koleksi Crystal Wishes
4 Tas Michael Kors SS21 Patut Miliki
Dekati kolaborasi ISSEY MIYAKE x New Balance MT100 Yang Sensual
5 Stail Selebriti untuk Menggayakan Kod Pakaian “Smart Casual”

Dinasti Turun-Temurun Keluarga Fesyen

3 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

ARMANI
Pernah dalam jenaka Giorgio Armani berkata yang Bernard Arnault sentiasa mencuba mendapatkan labelnya untuk diletakkan di bawah gagasan syarikat fesyen LVMH. Namun, hubungan dan kerja sama yang baik di dalam keluarga Armani adalah sebab paling utama mereka masih kukuh berdiri dengan ahli keluarga sendiri.

 

giorgio-armani

Giorgio Armani

 

Sejak Giorgio Armani melancarkan koleksi pakaian lelaki pada 1975 ia menjadi satu label penting dalam momen fesyen dunia lelaki. Kini pada usia yang makin meningkat naik, syarikat peribadi Armani ini diteruskan dengan pentadbiran oleh anak-anak saudaranya.

 

armani-hotel-dibuka-di-milan-dan-dubai

Armani Hotel dibuka di Milan dan Dubai

 

Silvana Armani yang bermula sebagai pereka pakai renang Armani kini menjadi orang penting dalam memastikan koleksi wanita Armani berjalan lancar. Roberta Armani yang dahulunya model buat Armani kini menjadi Ketua Perhubungan Awam Hiburan. Di antara tugasannya adalah untuk memastikan promosi dan gaya karpet merah oleh Giorgio Armani.

3 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse