PFW: Apa Yang Hangat Di Dior Spring Summer 2024
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioDengan semangat sinografi pentas artistik oleh Elena Bellantoni, koleksi Dior Spring Summer 2024 menjanjikan semangat kewanitaan yang jitu.
Di Jardin Des Tuileries berlangsungnya satu acara fesyen yang ditunggu-tunggu. Maria Grazia Chiuri mementaskan koleksi Dior Spring Summer 2024 dengan bereksplorasi bersama artis seni wanita, sisi Paris di kala malam menjelma serta bagaimana ahli sihir wanita menjadi titik tolak idea utamanya kali ini.

NOT HER BY ELENA BELLANTONI
Maria Grazia Chiuri, Pengarah Kreatif Dior terus menjulang karya seni artis wanita. Bagi himpunan Dior Spring Summer 2024 ini, mereka memilih untuk bekerja sama dengan Elena Bellantoni. Projek khas buat Dior bertajuk Not Her adalah karya kreatif kolaj oleh Bellantoni yang diinspirasikan daripada hasil seninya pada 2015. Buat Not Her, Bellantoni mengumpulkan lebih 300 iklan seksis dan menjadi satu kolaj. Artis mengambil pendirian yang jelas dengan mengatakan tidak kepada mekanisme objektif buat badan wanita. Tema utama karya ini ialah badan wanita, komodifikasi dan objektifnya.
PARIS DI KALA MALAM KELAM
Gaya kesepuluh melangkah keluar daripada belakang pentas dengan cukup gagah. Jaket potongan boxy dipadukan bersama skirt berlisu. Tetapi yang menarik perhatian adalah cetakan menara Eiffel yang kabur pada atas jaket itu. Ia adalah hasil foto yang di rakam oleh Brigitte Niedermair. Jurugambar ini bukanlah orang asing, kerana dia pernah merakam banyak kempen di buat Grazia Chiuri. Bagi himpunan musim bunga 2024 Dior, Niedermair merakam menara ikonik Paris dalam keadaan yang kabur dan dicetak atas jaket serba hitam.
THE STARTING POINT IS WITCHES
Mungkin yang tidak tahu akan kurang senang bagaimana Dior yang mahu menjulang kewanitaan dan kewibawaan wanita tetapi meletakkan ahli sihir sebagai pemula idea gayanya? Tetapi bagi Grazia Chiuri, ahli sihir yang diabadikan sebagai idea buat himpunannya di Dior adalah para wanita yang tidak konvensional dan mempunyai kuasa kerana enggan menyesuaikan diri dengan patriarki yang tradisional. Kunci gaya ini juga selari dengan kepercayaan mendiang Christian Dior pada dunia mistik dan sifatnya yang superstitious. Gaun renda hitam membuka persembahan musim bunga 2024 Dior dan diikuti bersama gaun ketiga yang mengabadikan stail dress Abandon oleh mendiang Christian Dior. Gaun dengan potongan leher asimetri itu pertama kali dipersembahkan buat koleksi musim luruh 1948.
INI EMPAT GAYA PENTING PILIHAN GLAM
Saksikan video penuh Dior Spring Summer 2024 di sini
Artikel Berkaitan: 5 Beg Tangan Terbaik Bulan Mac: Dari Dior, Versace ke Loewe
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.








