Penyanyi tersohor kebanggaan tanah air, Yuna sekali lagi mengejutkan peminat-peminat di seantero dunia — She’s in Vogue!

Kemunculan Yuna dalam majalah Vogue Arabia isu Julai / Ogos melakar sejarah fesyen kerana penyanyi berhijab itu merupakan selebriti Malaysia pertama di majalah muka glossy itu! Khabar akan berita gembira ini disampaikan oleh beliau tatkala mengongsi foto di akaun Instagramnya.
Namun demikian, usah kamu tersalah lihat — ia tidak bermakna Yuna dijadikan wajah muka hadapan Vogue Arabia, tetapi kejelitaan beliau dipaparkan di pembukaan kolum “Lens” yang judul “Hijabi Crush” — Model, Jourdan Dunn is the cover girl buat isu itu, tetapi kami tetap bangga akan milestone fesyen si manis ini!
“I’m over the mooooon! I’m in the July/August issue of #voguearabia, with @jourdandunn on the cover, and lil ol me on the inside. Thank you @voguearabia this is so cool,” tulis penyanyi Dan Sebenarnya itu di ruang kapsyen. Yuna juga telah kongsikan pendapat beliau akan hijab dan mengapa sehelai kain dapat memberi mesej yang besar dan ketara.
Penggambaran tersebut diabadikan oleh jurufoto Los Angeles, Aja Hitomi. Yuna telah menggayakan dress kelabu rekaan teman rapatnya, Hatta Dolmat.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
