Do’s & Don’ts Untuk Tampil Lebih Bergaya Pada Tahun Baru Cina
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioSetiap tahun untuk perayaan Tahun Baru Cina, perkara penting yang anda harus utamakan ialah untuk kelihatan cantik dan bergaya.
Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan terbesar di Malaysia. Sama ada anda menghabiskan percutian di rumah bersama keluarga tersayang atau meraikan tradisi perayaan yang terdapat pelbagai adat resam dan etika Tahun Baharu Cina.
Tidak lupa juga, anda tidak akan terlepas untuk menggayakan fesyen pilihan anda. Lagipun, ia telah diterapkan sejak muda bahawa kita perlu mengamalkan ‘dressed to the nines’ kerana ia melambangkan permulaan baru di tahun baru dan nombor sembilan telah dikaitkan dengan kesempurnaan dan kecemerlangan dalam pelbagai budaya.
Do’s & Don’ts Untuk Tampil Lebih Bergaya Pada Tahun Baru Cina
Berikut adalah perkara-perkara yang patut dilakukan dan dielakkan untuk tampil lebih bergaya pada Tahun Baru Cina.
Do’s

Foto: Khoon Hooi
Anda boleh memilih untuk menggayakan satu daripada trend terkini semasa sambutan Tahun Baru Cina. Salah satu daripadanya ialah reka bentuk lengan pakaian yang mengandungi embellishment, puff atau cutouts. Pereka fesyen lebih memberi perhatian kepada lengan daripada butiran yang terperinci di bahagian kolar atau dada.

Foto: Khoon Hooi
Selain pakaian berwarna merah yang begitu sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina, anda juga boleh menggayakan pakaian berwarna cerah seperti pink. Pink merupakan warna yang sedang trending dalam dunia fesyen pada masa ini. Pakaian berwarna cerah melambangkan kebahagiaan dan kemakmuran.
Don’ts

Anda perlu mengelakkan untuk memakai pakaian Tahun Baru Cina dengan warna yang sama dari atas ke bawah kerana ia boleh dianggap “mengganggu”. Walaupun pink mungkin menjadi trend, anda dinasihatkan untuk bersederhana dalam penggunaannya. Sebagai contoh, anda perlu mengelakkan memakai pakaian pink dari atas ke bawah. Termasuk pakaian pink, beg pink, dan kasut tumit pink.

Anda juga dinasihati untuk tidak memakai pakaian yang telalu bersahaja. Apabila memakai pakaian, penting untuk anda mempertimbangkan suasana. Terutamanya semasa Tahun Baru Cina, di mana anda perlu menunjukkan penghormatan kepada ahli keluarga dan orang tua. Ketika melawat ahli keluarga yang lebih tua, anda dinasihati untuk tidak memakai pakaian yang mencolok mata kerana ia tidak mencerminkan nilai-nilai dan tradisi perayaan Tahun Baru Cina.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
