Elemen Seni Dekorasi Digabung Dalam Himpunan Tory Burch Musim Bunga 2018
Teks: Yana Baharudin
Tory Burch cukup bijak dalam meniupkan aura yang lebih relaks untuk wanita serba sibuk hari ini. Meskipun siluet dicipta ringkas, Tory Burch masih memandang seni sebagai satu elemen untuk membantu mengukuhkan gaya setiap wanita. Dia tahu bagaimana mahu meniupkan substance dalam setiap helaiannya agar kembara serta percutian pantai wanita-wanita ini kekal dominan.
[envira-gallery id=”71209″]
Mujur, persahabatannya bersama Ashley, iaitu anak lelaki kepada David Hicks, mendiang pakar hiasan dalaman British juga penghias apartmen pertama Prince of Wales di Buckhingam Palace sekitar 60-an telah memberinya akses istimewa menerokai arkib seni David Hicks. Lalu, cetakan dan warna hasil seni David Hicks yang cukup terkenal dengan imej lantang, audacious serta witty ini dibangunkan bersama rekaan bernafaskan slouchy, lurus dan oversized berfabrikasi lembut ini menghasilkan satu seni baru yang lebih menarik buat sejarah Tory Burch.
[envira-gallery id=”71207″]
Pentas di perkarangan taman Cooper Hewit ini dibuka dengan persalinan kemeja dan seluar longgar berserta kardigan dan tuala pantai sebagai aksesori. Ini membuktikan bahawa wanita Tory Burch sudah cukup dewasa dalam merencana gaya peribadi.
Tidak terlalu taksub dengan arus trend ganjil sebaliknya menjadikan keselesaan sebagai medium utama yang akan mengindahkan hari mereka. Ini termasuklah helaian yang direka bercetak. Kebanyakan cetakan direka asimetri menjadikan setiap helaian tampil lebih bersih bersama warna asas palet yang disarankan musim ini iaitu understated neutrals. Tidak terkecuali untuk memasukkan sedikit elemen fun dalam himpunan ini, Tory Burch mengangkat mainan fidget spinner sebagai inspirasi kepada loket menghiasi rantai musim ini.
[envira-gallery id=”71208″]
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
