Fantasi Fesyen “THE DIORAMOUR”, Apakah Item Yang Hangat?
KEBEBASAN ADALAH SATU RASA YANG PALING DIIDAMKAN SEKARANG. DIOR MENGAJAK KITA UNTUK BERKELANA SEBENTAR DAN TERBUAI DALAM FANTASI MELALUI KOLEKSI KAPSUL THE DIORAMOUR.
Dior menyatukan ‘The Queen’s Gambit’ Anya Taylor-Joy dengan dunia fantasi ‘Alice in Wonderland’ bercampur sentimen ‘Charlie & the Chocolate Factory’ dengan penyampaian yang cukup tersendiri, mengajak kita untuk berkelana segera. Melalui koleksi kapsul terkini, the Dioramour.
Koleksi kapsul Dioramour menampilkan idea dan ekspresi Maria Grazia Chiuri mengenai kisah dongeng- didominasi oleh palet warna hitam, putih dan merah yang diserlahkan dengan cetakan D-Chess, hati dan motif D-royaume D’amour. Menghadirkan sejumlah rekaan ‘ready to wear’ dan aksesori yang memberikan suguhan penuh pesona. Kembara dan fantasi dalam fesyen, mendukung ilham disebalik the Dioramour.

Menegaskan corak hati sebagai perincian utama, the Dioramour secara berani mengolaborasikannya dengan cetakan D-Chess dan motif D-royaume D’amour. Grafik yang kreatif dan bernilai seni yang tinggi. Terlihat nyata pada deretan barangan fesyen merangkumi tas tangan, skaf serta sepatu beragam. Sniker Dior Addict dan the Dior Book Tote antara taruhan utama, ditambahkan aksen cetakan sebagai daya tarik dihangatkan berwarna merah, hitam dan putih yang tegas. Penampilan jaket, dress dan skirt pun tidak pernah luput dari pandangan.
Beg tangan Lady Dior dan Dior Caro serta aksesori kecil lain juga terdapat dalam olahan baharu, berbentuk hati yang direka khusus untuk koleksi ini, merefleksikan ‘savoir-faire’ yang inovatif. Kerana the Dioramour memberi kebebasan buat wanita untuk menggayakannya bersesuaian dengan cita rasa tersendiri.
Item hiasan rumah untuk rangkaian Dior Maison seperti pinggan, cawan dan lilin juga turut ditawarkan. Direka mengikut warna tema, bertepatan dengan ilham koleksi the Dioramour. Dihadirkan buat menata ruang kediaman, bagi memberi semangat baru saatnya menjalani ‘lockdown’ di rumah. Untuk menyuntik semangat baru, seiring dengan menjelangnya musim baru dalam kalendar fesyen.
Koleksi the Dioramour berada di butik Dior mulai 15 Julai 2021.
ITEM HANGAT DARI THE DIORAMOUR
Artikel berkaitan: Dioriviera: Satu Kembara Yang Menakjubkan
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.











