fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Naomi Campbell Mengenakan 3 Dress Sewaktu Perkahwinan Rakannya
Kempen SS17 Louis Vuitton di Kota Fesyen Paris
GLAM 101: Cindy Crawford
Gaya Jelajah Meghan Markle Di Colombia Curi Tumpuan
Gaya Bintang A-List Di Karpet Biru Film Independent Spirit Awards
Home > Fesyen > Fred Mengabadikan Kilauan Sinar Mentari French Riviera

Fred Mengabadikan Kilauan Sinar Mentari French Riviera

Keindahan landskap French Riviera yang tidak pernah pudar, menjadi inspirasi kempen terbaru Fred di mana ia meraikan
kehidupan, serta sinar mentari yang menjadi inspirasi dan simbol koleksi “The Sunshine Jeweler”.

Fred Samuel menjadi simbol utuh dalam penghasilan barangan kemas di Fred. Pengasas jenama yang sudah terbina hampir 90 tahun ini terus meraikan skil teknikal serta ketukangan yang hebat. Karakternya yang cukup mesra, berjiwa lembut, cinta yang tidak berpenghujung dan semangat joie de vivre membuatkan jenama ini senang dikenali dengan Fred, The Sunshine Jeweler. Identiti untik ini yang membuatkan karakter barang kemas ini cukup lain daripada barang kemas yang sedia ada di pasaran. Legasi yang dibina oleh Fred Samuel dan jenamanya juga mendapat inspirasi daripada keindahan kehidupan di French Riviera. Maka lahirlah kempen baharu yang protagonisnya adalah Freddies, membawa kita ke satu kisah yang cukup menggembirakan.

Satu ekspedisi yang tidak dapat dilupakan. Terjun daripada cenuram ke lautan yang luas bersama air yang menyegarkan, atau bebaskan minda melihat horizon yang menenangkan dan menari sambil melihat mentari terbenam; inilah momen menarik Freddies yang mampu membuatkan hati bertambah positif. Tatkala malam menjelma, terus memberi kilauan cantik di atas air Mediterranean. Rona biru Riveira  membawa semangat yang lain lalu sesudah malam seperti coklat cair, merah jambu serta jingga. Inilah palet indah daripada fajar ke senjakala. Ia membawa satu kenikmatan hidup yang cukup sempurna.

Interaksi antara cahaya dan rona ini memberikan satu omen yang abadi dan cukup istimewa. Ia adalah simbol kehidupan yang girang seperti pujangga joie de vivre. Mereka yang menyarungkan barang kemas Fred ini nyata mampu memberi kilauan yang gemilang. setiap himpunan dibawah payung Fred seperti Force 10, Chance Infinie, Pretty Woman juga himpunan barang kemas termewah menghidupkan kempen ini laksana kerdipan yang ada di Riviera. Setiap hasil rekaan bertunjangkan emosi dan gerak hati bersama hasil pertukangan yang begitu bagus. Ia memberi refleksi pada gaya yang bersahaja dan nyata sekali kekal glamor.