Gaya Selebriti Yang Mendominasi Momen Karpet Merah Oscar 2025
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioBerlangsungnya acara berprestij Oscar 2025 dengan penuh meriah dan gemilang. GLAM kumpulkan senarai barisan selebriti dengan penampilan terbaik buat Anugerah Akademi untuk kali yang ke-97 ini.
Anugerah Akademi merupakan malam paling berprestij dalam kalendar Hollywood, meraikan penggiat dunia perfileman termasuk para pelakon, pengarah, penerbit dan ramai lagi. Namun begitu, Oscars juga menjadi tempat dalam menyajikan momen fesyen karpet merah buat barisan A-listed selebriti yang nyata sentiasa menjadi tumpuan serta menjadi bualan hangat di media sosial.
Permaidani merah di Oscars 2025 kali ini dipenuhi dengan pelbagai busana yang tampil memukau. Gaun berona lembut, busana dengan butiran berkilauan dan perincian halus antara yang mendominasi di acara karpet merah. Ariana Grande tampil memukau dengan drama siluet peplum yang mengagumkan dan mencipta aura tersendiri, manakala pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi 2025, Mikey Madison meraih perhatian dalam persalinan Dior berona merah jambu vintaj.
Turut diperlihatkan juga deretan selebriti lain termasuk Selena Gomez, Zoe Saldana, Cynthia Erivo, Margaret Qualley, Lisa, Doja Cat, Timothee Chalamet dan ramai lagi yang hadir berketerampilan menawan. Malam penuh glamor ini menjadi penutup yang sempurna untuk musim anugerah tahun ini. GLAM kongsikan penampilan yang mendominasi momen karpet merah dan menjadi tumpuan hangat di media sosial di Oscar 2025.
Himpunan Selebriti Berpenampilan Terbaik Di Oscar 2025
1. Selena Gomez

Selena Gomez di dalam persalinan Ralph Lauren.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
