Oleh: Aizat Aidid
[soliloquy id="46066"]
Adi busana atau dikenali dengan terma haute couture adalah satu seni pembuatan baju yang cukup rumit dengan mengikut setiap bentuk badan yang memakai, berlainan dengan baju di rak yang mempunyai saiz standard. Setiap helaian dijaga rapi seni pembuatannya kerana setiap hasil seni couture bernilai ribuan ringgit.
1. Charles Frederick Worth, pereka asal England adalah pelopor utama dalam membina perkhidmatan menyediakan baju adi busana. Setelah membuka butik di Paris pada 1825 terus dia menjadi pereka fesyen buat Maharani Eugenie isteri kepada Napoleon III.
2. Kemunculan Paul Poiret membawa haluan adi busana lebih komersial. Servis adi busana lebih cemerlang setelah tamatnya perang dunia dan melihat kebangkitan Christian Dior dengan pelancaran siluet “New Look” pada 1947.
3. Chambre Syndicale de la Haute Couture meletakkan garis panduan buat sebuah label adi busana untuk mempunyai 20 artisan di butik yang bertapak di kota Paris dan perlu mementaskan minimum 25 ceraian adi
busana dua kali setahun.
4. Yves Saint Laurent menjadi pereka fesyen adi busana paling muda diterima masuk pada usia 21 dan melancarkan butik adi busana pertama di dunia pada 1966 dengan label Saint Laurent Rive Gauche.
5. Masalah yang dihadapi kini adalah seni adi busana ini dilihat semakin lenyap kerana pada pertunjukan terbaru hanya 26 label sahaja yang mementaskan koleksi mereka berbanding lebih 100 jenama yang mengambil bahagian pada 1946.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
