ASPEK ESTETIKA, KARYA SENI DENGAN IDENTITI MENJADI CIRI KHAS GUCCI NOJUM. SATU LAGI KOLEKSI BAHARU ILHAM GUCCI DEDIKASI MUSIM PERAYAAN YANG BAKAL TIBA.
Koleksi Gucci Nojum-garapan perkataan Arab Nojum yang bermaksud ‘bintang’ dan dipilih untuk merayakan koleksi baru. Nojum dipilih kerana ia membangkitkan cahaya yang datang dari langit malam pada masa istimewa tahun ini dan seterusnya.
Variasi rekaan ditawarkan yang mendedikasikan tema ini melalui butiran metalik dan berkilauan dalam palet warna yang lembut, menjelmakan estetik yang elegan dan mewah, selaras dengan musim perayaan yang bakal tiba. Juga boleh digayakan untuk majlis-majlis lain.
Khusus koleksi ini, kempen menjalani penggambaran di Dubai buat pertama kali, menghidupkan unsur keriangan dan keceriaan pada tahun ini. Imej dan video menggambarkan suasana malam yang tenang, menyeronokkan dan meriah, diluangkan bersama keluarga dan rakan. Persiapan soirée yang hebat, hiasan dalaman dan penggayaan yang kuat menggambarkan budaya dan tradisi perayaan.
Koleksi ini merangkumi rekaan wanita dan lelaki, seperti helaian sedia pakai, kasut, beg tangan dan item deko. Setiap rekaan nyata berbeza ilhamnya, punya butiran yang teliti seperti label yang dikhususkan dan penutup kunci bersulam menghiasi beg tangan kasut.
Dress maxi dan gaun diwujudkan dengan perincian yang menarik. Memikat pandangan, biarpun keseluruhan koleksi bernada modest. Sulaman kristal, labuci dan kuvet pada fabrik ‘crepe georgette’ yang lembut. Fil coupé dan kain sutera berwarna menggambarkan daya tarikan koleksi yang cemerlang. Helaian kait yang pelbagai rupa melengkapi pilihan gaya.
Gucci Nojum turut menghadirkan serangkaian aksesori kulit. Seleksi beg kulit dalam warna pastel yang bernada klasik, namun terlihat kontemporari dengan sentuhan emas dan perak pada aksesori utama, Gucci Diana dan beg Gucci Bamboo 1947. Terdapat beg tangan berbentuk kerang yang baharu-mewakili beg tangan mesti miliki musim ini.
Artikel berkaitan: Kolaborasi Rimowa x Porsche Untuk Menyatukan Kelas Dan Fungsi
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.




