Related Stories
Imbas Kembali: Minggu Adibusana SS25 Oleh Deretan Rumah Fesyen Terkemuka
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioDalam imbasan kali ini, GLAM menelusuri beberapa sorotan utama yang memukau penonton dan penggemar fesyen, mengungkapkan bagaimana setiap rumah fesyen mengekspresikan visi mereka untuk koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2025 (SS25). Dari siluet yang berani hingga penggunaan siluet yang berani, setiap koleksi membuka lembaran baharu dalam dunia fesyen yang kian berubah-ubah.
Minggu Adibusana Musim Bunga/Panas 2025 (SS25) telah menyaksikan satu pameran fesyen yang luar biasa, di mana jenama-jenama terkemuka dunia mempersembahkan koleksi terbaru mereka dengan penuh kreativiti dan inovasi. Pertunjukan minggu adibusana ini telah berlangsung di ibu negara Perancis dari 27 hingga 30 Januari, dipamerkan oleh himpunan rumah fesyen terkenal seperti Jean Paul Gaultier, Dior, Schiaparelli dan banyak lagi.

Antara yang menjadi sorotan buat Minggu Adibusana SS25 ini ialah Alessandro Michele yang membuat debut koleksi Haute Couture pertamanya untuk Valentino. Selain itu, Sohee Park yang merupakan pengasas label fesyen Miss Sohee berpangkalan di London, juga telah dipilih sendiri oleh Fédération de la Haute Couture untuk memperagakan koleksinya sebagai pereka tetamu pada kalendar. Bercakap mengenai pereka tetamu, Jean Paul Gaultier juga telah menggunakan khidmat Ludovic de Saint Sernin untuk mencipta koleksi couture sekali sahaja untuk rumah fesyennya, berikutan kerjasama musim lalu dengan Nicolas Di Felice dari Courrèges.
Rumah-rumah fesyen terkemuka telah memperkenalkan reka bentuk yang memukau, merangkul perbezaan dan merayakan perubahan dalam dunia fesyen dengan himpunan koleksi couture yang menjadi bualan hangat di media sosial. Misalnya, jenama mewah Chanel yang memanfaatkan palet lembut dan elegan serta membawakan gabungan rona terang dan neutral. Begitu juga dengan Dior yang mengutamakan rona-rona feminin dalam rekaannya, nyata memberi suasana yang segar. Jenama popular, Schiaparelli pula terus melayangkan koleksi yang menjerit nada anggun oleh pengarah kreatif, Daniel Roseberry. Bermain dengan siluet-siluet yang mempersonakan, lantas menghasilkan pentas peragaan yang memukau daya pandangan.
Mengimbas Semula Himpunan Koleksi Minggu Adibusana SS25
1. Jean Paul Gaultier

2. Schiaparelli

3. Valentino

4. Elie Saab

5. Chanel

6. Miss Sohee

7. Armani Privé

8. Dior

9. Ashi Studio

10. Viktor & Rolf

Artikel Berkaitan: ‘Tribut Kepada Hollywood’ Rick Owens Kembali Ke Palais de Tokyo Khas Buat SS25
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
