Karl Lagerfeld Beri Sensasi Gaya Berseni Moden
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioSalah satu karakter yang semua maklum, mendiang Karl Lagerfeld cukup obses dengan masa hadapan. Dia selalu habiskan masa bermain idea dengan kisah fesyen bernyawakan masa hadapan. Maka, melalui koleksi musim bunga 2021 buat himpunan lelaki dan wanitanya bermain dengan seni bersifat futuristik. Pasukan kreatif di Karl cuba menzahirkan bagaimana kesan digital moden dalam penataan gaya.
Di gerobok koleksi fesyen wanita, Karl Lagerfeld terus menyuntik gaya maskulin sedikit pada stail wanita. Gabungan maskulin berlawan feminin ini jelas pada siluet dress kemeja yang diperbuat menggunakan fabrik sutera cukup anggun. Potongan lengan diberi penegasan utama. Lantas terhimpun pilihan lengan besar dan berbentuk belon.

FYZA KADIR 
SITI SALEHA 
TONG BING YU 
JESTINNA KUAN
Beralih pula fokus pada koleksi lelaki. Jenama moden ini terus menjulang tema masa hadapan yang sama dengan koleksi wanita. Rentak 80-an terus kuat terasa di koleksi lelaki. Dimana ia dibangkitkan melalui kemasan tekstur yang berkilat. Rona hitam dan putih sudah menjadi palet penting buat mendiang pereka fesyen terkenal ini.

MEERQEEN 
LUCAS LAU
Cuma kali ini, pasukan kreatif jenama ini memadukan bersama rona pastel seperti biru lembut, merah jambu dan oren. Seperti himpunan wanita, KARL DNA juga menjadi taruhan mereka dengan menggunakan abjad K dan L sebagai esen grafik. Semestinya ia datang dalam pilihan rona klasik hitam dan putih.


Mereka juga bangga dengan terlancarnya koleksi kapsul Karl Lagerfeld x Amber Valletta yang memberi fokus dalam penghasilan aksesori berteraskan kelestarian alam sekitar. Dibawah lembayung kolaborasi bersama supermodel ini yang juga seorang aktivis adalah beg edisi spesial K/Kushion yang menggunakan material yang tidak memberi impak pada alam sekitar. Juga, keuntungan daripada terjualnya koleksi K/Kushion ini bakal didermakan kepada The Ocean Cleanup. Beg K/Kushion ini mendapat ideanya daripada bantal yang sering dibawa oleh mendiang Karl Lagerfeld setiap kali dia kembara. Bantal itu dimiliki oleh Lagerfeld sejak dia masih kanak-kanak. Beg ini hadir dalam dua material yakni material berasaskan pokok kaktus yang dihasilkan oleh Desserto asal Mexico. Keduanya pula menggunakan 90 peratus fabrik kapas.
Terokai koleksi penuh di butik flagship KARL LAGERFELD yang terletak di 2.69.03, Pavilion KL dan secara online di www.archiluxury.com.

Pautan Berkenaan: Karl Legerfeld 101: 11 Kejutan Karl Lagerfeld di Chanel
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.













