Elie Saab Persembahkan Karya Agung di Arab Saudi
Gemerlap, glamor, dan magis! Sambutan ulang tahun ke-45 Elie Saab Haute Couture di Riyadh, gemparan pesta fesyen bersama selebriti terkemuka.
Majlis megah The 1001 Seasons of Elie Saab dihadiri seramai 900 tetamu bersama 90 model yang menggegarkan pentas pertunjukan fesyen dengan 300 koleksi. Elie Saab benar-benar memberikan usaha penuh gemilang untuk merayakan ulang tahun ke-45 jenama eponimnya di Riyadh, Arab Saudi. Suasana malam bagaikan Anugerah Oscar yang dibanjiri selebriti tempatan dan pempengaruh mengenakan busana serba glamor sepenuhnya di atas karpet merah. Acara yang dipenuhi dengan karya air tangan Ellie Saab pakaian haute couture berkilau seakan-akan dapat menandingi kemegahan Hall of Mirrors di Versailles.
Malam Extravaganza Menyulami Pertunjukan Fesyen Haute Couture Elie Saab

Pertunjukan yang dibahagikan kepada empat babak tematik ini menyajikan sebuah produksi gaya Broadway yang dihiasi dengan persembahan langsung daripada Jennifer Lopez yang penuh semangat, mengenakan bodysuit bertaburan fringe kecil seperti gaya Liza Minnelli, serta Camila Cabello yang memukau dalam mini gaun bertaburan manik berkilauan, digandingkan dengan but tinggi yang serasi. Acara yang penuh keajaiban ini mencapai kemuncaknya apabila Celine Dion muncul dengan anggun. Mengenakan selendang chiffon yang penuh dengan emas bersinar, dipadankan dengan gaun mermaid yang menawan, beliau memukau hadirin dengan nyanyian penuh emosi dengan lagu “The Power of Love” dan “I’m Alive” yang menggugah jiwa.
Barisan selebriti termasuk Carine Roitfeld, Monica Bellucci, Rosie Huntington-Whiteley, Poppy Delevingne, dan Kelly Rutherford, manakala nama-nama seperti Helena Christensen, Candice Swanepoel, Alek Wek, Eva Herzigova, Jourdan Dunn, dan Adriana Lima memperagakan koleksi di pentas peragaan.

Jennifer Lopez

Camila Cabello

Celine Dion
Gaun Oscar Lagendari Halle Berry
Mempersembahkan lebih daripada 300 rekaan, acara pesona ini meraikan hampir lima dekad hasil karya Elie Saab menampilkan pertunjukan fesyen yang cukup besar. Banyak busana baharu yang memukau membuat penampilan sulung, namun detik yang paling mencuri tumpuan adalah kemunculan semula busana ikonik daripada arkib adalah gaun yang dipakai Halle Berry semasa Anugerah Akademi 2002. Bintang Monster’s Ball mencipta sejarah sebagai wanita kulit hitam manis pertama yang memenangi Oscar untuk Pelakon Wanita Terbaik.



Nafas haute couture dihidupkan semula pada malam megah The 1001 Seasons of Elie Saab dari koleksi arkib penuh tafsiran sempurna karya beliau, dengan gaun dewi yang mengalir indah, dihiasi bulu-bulu mewah, draping yang memikat, dan tentunya, gemerlap glamour yang tidak terperi. Barisan supermodel terkenal termasuk Isabeli Fontana, Candice Swanepoel, Adriana Lima, Sara Sampaio, dan ramai lagi menghiasi pentas peragaan.

Artikel Berkaitan: Margaux Bag The Row Pelaburan Tas Tangan Klasik Warisan Masa Depan
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
