Kempen Givenchy SS21, Arahan Pertama Matthew M. Williams
Givenchy telah melancarkan siri kempen dedikasi musim bunga/panas 2021. Siri kempen tersebut merupakan himpunan kempen yang pertama sejak dibawah pimpinan kreatif Matthew M. Williams. Ia merupakan koleksi yang paling dinanti-nantikan, dan ternyata ia adalah satu koleksi yang berhasil. Vogue menyenaraikan koleksi Givenchy musim bunga/panas 2021 antara yang terbaik.
Menggemilangkan lagi koleksi musim bunga/panas 2021, Matthew M. Williams menjemput rakan-rakannya, yang tergolong model dan pemuzik untuk menghiasi kempen. Jika beberapa musim terdahulu, hanya model yang seringnya terpilih untuk bertindak sebagai penghias kempen. Namun, perubahan telah dibawakan oleh Matthew, dengan meletakkan wajah-wajah fesyen masa kini sebagai bintang kempen. A good move, I guess.


Kendall Jenner, Bella Hadid, Playboi Carti, dan the supermodels, Anak Yai dan Liam Powers untuk menggayakan ‘key pieces’ Givenchy musim bunga 2021, yang secara tak langsung mendefinisikan kepentingan mempunyai gaya peribadi yang kuat. Mereka semua diberi peluang untuk menata gaya sendiri dengan memilih rekaan serta aksesori yang dianggap melambangkan selera dan keperibadian mereka. Real people, real style.
“To me, fashion expresses a point of view where formality and informality, construction and comfort co-exist,” kongsi Matthew. Melalui kempen ini, tas Antigona adalah antara aksesori yang difokuskan, yang mana digayakan oleh Kendall Jenner dalam imej kempennya.


Artikel berkaitan: Citra Seni Louis Vuitton
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
