Jenama Mewah Marchesa Terkena Tempias Skandal Hervey Weinstein
Dua hari yang lalu, selepas 10 tahun, Georgina Chapman mengumumkan bahawa dia akan memutuskan segala hubungan dengan bekas suaminya Harvey Weinstein, seorang penerbit veteran di Hollywood yang kini dalam siasatan daripada 30 (and counting) dakwaan gangguan seksual melibatkan beberapa pelakon wanita ternama dan juga individu-individu yang pernah berkhidmat untuknya.
Selain menjadi bekas isteri kepada lelaki yang dibenci di Hollywood buat masa ini, Georgina juga merupakan pereka dan pengasas jenama mewah Marchesa yang lazim dengan rekaan feminin dan menjadi pilihan pengantin. Jenama ini juga sering dilihat menghiasi tubuh badan bintang-bintang ternama tiap kali musim anugerah tiba.

Usahanya untuk menjauhkan diri daripada bekas suaminya itu mungkin juga melibatkan keselamatan dan masa depan Marchesa sebagai satu jenama. Namun adakah ia sudah terlambat untuk Georgina dan juga Marchesa?
Hari yang sama The New York Times mengeluarkan laporan pertama mereka perihal skandal gangguan seksual Weinstein itu, Helzberg Diamonds juga turut mengumumkan pelancaran koleksi cincin terbaru mereka bersama Marchesa, “Marchesa Radiant Star.” Kini nama tersebut telah ditukar kepada “Radiant Star” sahaja dan pautan kepada laman mereka untuk koleksi ini juga tidak berfungsi lagi.
Koleksi yang sepatutnya dilancarkan pada bulan ini kini telah dibatalkan mengikut kenyataan daripada pihak Helzberg Diamonds kepada Hollywood Reporter.

Selain pembatalan kolaborasi ini, Marchesa juga turut terpaksa menundakan tarikh previu Koleksi Spring/Summer 2018 mereka melalui e-mel kepada mereka yang telah dijemput.
inbox update pic.twitter.com/lF3jynA9h7
— Julia Rubin (@juliarubin) 2017년 10월 11일
Beberapa laporan turut menyatakan Weinstein telah menggunakan pengaruhnya untuk memaksa pelakon-pelakon wanita terkenal yang berlakon dalam filemnya untuk mengenakan rekaan Marchesa sewaktu acara karpet merah. Antara selebriti yang pernah terlibat dengan filem Weinstein dan dilihat memakai Marchesa adalah: Sandra Bullock, Halle Berry, Penelope Cruz, Cate Blanchett, Nicole Kidman, Renee Zellweger, Sienna Miller, Anne Hathaway, Kate Hudson, Jennifer Lopez, dan Jennifer Lawrence.
Georgina telah menepis kritikan daripada indsutri fesyen perihal kenaikan nama Marchesa adalah kerana pengaruh suaminya sejak dia memulakan jenama tersebut pada tahun 2004.
Adakah Marchesa akan terus menerima backlash akibat skandal Weinstein?
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
