fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Sembang Fesyen: Ana Abu
Emily Ratajkowski Tarik Perhatian Tunjuk Cincin “Cerai”
Khoon Hooi Lancarkan Koleksi Terbaharu Untuk Luruh/Sejuk 2023
Citarasa Fesyen Melania Trump Tidak Mengecewakan
Transformasi Terbaru Kendall Jenner Dari Brunette Ke Blonde Mencuri Perhatian

Kenyataan Politik Semasa Minggu Fesyen New York

Industri-industri besar mula menyuarakan pendapat mereka mengenai beberapa polisi yang sudah ataupun akan diimplementasikan oleh Trump dan barisan kabinetnya. Ini termasuklah dunia fesyen.

 

Nama-nama besar dalam industri fesyen juga mula menyuarakan pendapat mereka dari mula lagi akan tetapi suara mereka dilihat seperti tidak cukup kuat oleh khalayak umum.

 

Seakan menyahut cabaran, pereka-pereka fesyen mengambil peluang bersempena Minggu Fesyen New York untuk mempamerkan pendirian mereka terhadap pemerintahan Presiden Trump.

 

Walaupun ini bukanlah perkara luar biasa untuk pereka-pereka menggunakan pentas peragaan mereka untuk membuat kenyataan mengenai sesuatu perkara (ingat kembali t-shirt “We Should All Be Feminists” Maria Chiuri).

 

Kali ini dengan kerjasama CFDA bersama pereka-pereka yang ada untuk Minggu Fesyen New York akan memberikan pin merah jambu kepada mereka yang hadir untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Planned Parenthood.

5 of 9

Jonathan Simkhai

Jonathan Simkhai RTW F/W 2017

Jonathan Simkhai membeirkan kemeja-t dengan perkataan “Feminist AF” kepada mereka yang hadir untuk pertunjukannya dan dia akan mendermakan $5 untuk setiap tempat duduk yang dipenuhi.

5 of 9

Jonathan Simkhai