Game On! Lea Seydoux Cabar Main Kad Louis Vuitton
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioMelihat situasi sekarang yang sukar untuk kita kembara. Itu tidak menghalang Nicholas Ghesquiere untuk melancarkan himpunan Cruise 2021 buat Louis Vuitton. Dia menukar aliran koleksi dengan rekaan yang berlandaskan perjalanan dalaman dan peribadi. Game On! merupakan himpunan pra-musim bunga di Louis Vuitton 2021 yang mendapat inspirasi daripada motif permainan kad.
Ghesquiere melihat fesyen ini adalah satu permainan hidup. Dek kerana itu, judul koleksi ini diletakkan Game On. Paduan bunga monogram klasik Louis Vuitton bersama empat motif kad yakni daun sped, hati, berlian dan club menari bersama seiring mencipta grafik baru. Simbol ini memancarkan gaya lebih playfullness dan melirik ilusi pada legasi Louis Vuitton. Motif daun kad juga diambil kerana ia menjadi lambang peneman setia ketika kita kembara.


Banyak koleksi kulit disimbah dengan corak daun kad bersama bunga monogram Louis Vuitton. Mata pati akan tertumpu pada Petite Malle dan Vanity PM yang digubah pada material hitam dan putih. Manakala bunga coraknya pula dalam rona merah ceri dan biru laut. Selari dengan inspirasi permaian daun kad, Ghesquiere juga mereka beg bentuk hati yang pertama di Louis Vuitton. Beg Monogram heart menggunakan material corak monogram klasik Louis Vuitton dan diserikan bersama satu cetakan hati merah untuk memberi gaya edgy.


Bagi merayakan koleksi pra-musim bunga 2021, Louis Vuitton menjemput pelakon dan sahabat kepada jenama Paris ini, Lea Seydoux untuk merakam kempen. Dia dalam helaian sarat dengan bunga monogram baru dan latar belakang dengan kad gergasi corak yang sama.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
