Koleksi Balenciaga Fall 25 Menyingkap Sisi Estetika Fesyen Yang Berani
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioKoleksi Balenciaga Fall 25 memperlihatkan sisi paling tulen dan berani buat rumah fesyen itu, apabila Demna meraikan keindahan ketidaksempurnaan dan menjadikan kesederhanaan sebagai bentuk kemewahan baharu.
Dalam dunia fesyen yang sering dibaluti kemewahan dan era teknologi visual, Demna menyingkap sisi paling jujur Balenciaga melalui koleksi Fall 2025. Tiada pentas peragaan megah, tiada lampu sorotan atau gaya rambut dramatik. Sebaliknya, himpunan ini dihidupkan melalui siri imej raw yang dirakam sendiri oleh Demna menggunakan telefon bimbitnya. Setiap foto, yang kelihatan seolah-olah bocor ke media sosialnya, membawa maksud lebih dalam tentang ketulenan dan intimitas. Ia bukan sekadar rakaman belakang tabir, tetapi satu kenyataan tentang bagaimana realiti dan ketidaksempurnaan kini menjadi bahasa baharu yang menarik daya tarikan.

Keberanian, Ketidaksempurnaan & Keselesaan, Esen Yang Disuntik Oleh Demna Buat Balenciaga Fall 25
Koleksi ini berakar pada konsep almari lengkap yang memeluk keselesaan sebagai teras. Ia bermula dengan helaian malam yang minimal dan gaya Garde-Robe yang teratur sebelum beralih ke idea lebih konseptual seperti Casual Everyday Outfits serta Balenciaga Uniforms. Gaya-gaya ini mengalir seperti naratif yang berkembang dari formaliti kepada keaslian harian, mencerminkan spektrum estetika luas Demna yang mengaburkan sempadan antara couture dan kebiasaan. Item fesyen lain seperti T-shirt “fan-club” bertandatangan duta jenama digayakan bersama micro-skirt yang dicipta daripada potongan seluar dalam lelaki, manakala tatu sementara dijadikan perhiasan seakan-akan pernyataan berani dan ekspresi.

Salah satu bab menarik dalam koleksi ini juga adalah kapsul Balenciaga I Automobili Lamborghini, yang menggabungkan tenaga dunia automotif dengan keanggunan pakaian harian. Jaket kulit lumba, logo perisai serta gantungan kunci Temerario disusun dalam gaya yang menggambarkan gabungan kuasa dan prestij. Di sinilah Balenciaga merangkul aspirasi dan realiti, lalu menjadikan pakaian bukan hanya simbol status tetapi lambang pergerakan dan keberanian moden.

Bahagian kasut pula menjadi eksperimen keselesaan dan ironi yang penuh kecerdikan. Demna memperkenalkan ‘tumit paling selesa di dunia’, hasil kolaborasi bersama Scholl yang menyatukan tapak kaki ortopedik dengan stileto, sandal dan but beralas empuk. Reka bentuk seperti Monday sneakers on heels dan Comfort cuissardes menonjolkan falsafah baru dan tiada lagi ungkapan beauty is pain untuk dianggap bergaya. Beg tangan pula diolah dalam bentuk terbalik atau bertekstur lusuh, lantas membawa unsur raw yang autentik dan menolak idea kesempurnaan klasik.

Dengan pendekatan yang berani ini, koleksi Balenciaga Fall 2025 menjadi refleksi kejujuran estetika buat label ini, sebuah pengisytiharan bahawa fesyen masa kini bukan lagi tentang persembahan, tetapi tentang kebenaran diri. Di tangan Demna, kemewahan tidak diukur pada kilauan atau glamor, sebaliknya pada keberanian dan kreativiti untuk menjadi nyata.

Artikel berkaitan: Gabungan Avant-Garde Dan Atletisme, Buat Koleksi Balenciaga x Puma
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
