Related Stories
Koleksi Pentas Peragaan Victoria’s Secret Fashion Show 2024
Masa yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Selepas lima tahun yang dirasakan begitu lama (walaupun sebenarnya cuma lima tahun), Victoria’s Secret Fashion Show kembali menemui para peminatnya. Tahun ini, para Angel kembali memukau dan mempersembahkan busana paling glamor dan berkilauan yang pernah ditampilkan oleh jenama pakaian dalam terkenal ini.
Barisan model tahun ini sangat mengagumkan, menampilkan nama-nama besar seperti Gigi Hadid, Tyra Banks, Paloma Elsesser, Imaan Hammam, Candice Swanepoel, Grace Elizabeth, Taylor Hill, Mayowa Nicholas, Devyn Garcia, Barbara Palvin, Behati Prinsloo, Ashley Graham, Jasmine Tookes, Adriana Lima, dan ramai lagi.

Salah satu yang paling menarik perhatian pada malam tersebut ialah kemunculan semula the Adriana Lima. Model berjaya dari Brazil ini memulakan kerjayanya dengan jenama Victoria’s Secret pada tahun 1999 dan telah dinamakan sebagai “Angel Paling Berharga” pada tahun 2017. Adriana juga memegang rekod kerana menjadi model dengan kemunculan terbanyak di pertunjukan Victoria’s Secret.


Berita mengenai kepulangannya ke pentas peragaan Victoria’s Secret mula tersebar menerusi akaun Instagram rasmi jenama tersebut. Dalam klip video yang dikongsikan, Adriana dilihat menaiki teksi dan memberitahu pemandu, “Saya nak balik.” Terkeliru, pemandu itu bertanya, dia tidak tahu di mana ‘rumah’ untuk selebriti terkenal itu, sebelum Adriana menjelaskan, “Boleh hantarkan saya ke pertunjukan Victoria’s Secret?” Sambil memandang kamera, dia kemudian mengumumkan, “Saya kembali!”



Pentas peragaan Victoria’s Secret kali ini bukan sahaja menampilkan busana dan aksesori yang mengagumkan, tetapi juga membuktikan bahawa acara ini masih mempunyai tarikan luar biasa dalam dunia fesyen. Klik untuk melihat busana yang dipakai oleh Angel kegemaran anda sepanjang acara yang penuh gemilang ini.


Penyanyi Blackpink, Lisa, tampil memukau di karpet merah Victoria’s Secret Fashion Show. Sebelum persembahannya di pentas peragaan, penyanyi K-pop itu hadir dengan mengenakan bra hitam berhiaskan perincian, jubah lut sinar yang dihiasi bintang, dan seluar pendek hitam yang menarik perhatian.
Ini adalah kali ketiga Lisa membuat persembahan solo besar pada musim luruh ini. Sebelum ini, dia telah tampil di pentas MTV VMAs dan menjadi penampilan utama di Global Citizens Festival di New York City.
Kredit: Getty Images
Lisa kini mengeluarkan muzik di bawah syarikat pengurusannya sendiri dan membuat keputusan secara bebas dalam kerjaya dan kehidupan. Dia tegas dengan tujuannya: “Saya rasa itu yang paling penting,” katanya. “Kerana jika saya berkata, ‘Ah, tak mengapa,’ [orang] tidak akan tahu—adakah saya benar-benar selesa dengannya? Jadi, saya perlu mampu mengatakan ‘ya’ atau ‘tidak.’ Bukan di antara.”
Walaupun dia semakin aktif dengan projek solo, dia dan rakan-rakan kumpulannya, Jennie, Jisoo, dan Rosé, tetap komited terhadap kumpulan mereka, Blackpink. “Sudah tentu kami akan teruskan, pasti,” kata Lisa. “Kami sangat bangga dengan Blackpink, dan saya sayangkan Blackpink. Ini bukan sahaja untuk peminat kami, tetapi untuk diri kami sendiri. Tidak pernah ada keraguan. Inilah kehidupan kami,’ jelas Lisa ketika ditemu bual sewaktu pertunjukkan pentas Victoria’s Secret 2024.
Artikel Berkaitan: Semua Tentang Pertunjukan Victoria’s Secret 2024
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

