Related Stories
Chateau De Chenonceau Menginspirasi Virginie Viard
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioChanel mengabadikan Chateau de Chenonceau sebagai sumber idea buat koleksi Metiers d’Art 2020/21. Walaupun dunia masih kelam dengan status pendamik, namun Chanel tetap mekar membawa fantasi mereka. Ia adalah usaha untuk membuktikan kesejahteraan dunia patut diteruskan. Syabas buat Chanel! Lebih membanggakan, lokasi ini adalah satu istana lama yang dahulunya dihuni oleh para bangsawa wanita. Sebab itu jugalah Chateau de Chenonceau ini dikenali dengan Chateau des Dames. Mereka yang dahulu yang pernah menjadikan istana ini sebagai tempat tinggal adalah Diane de Poitiers dan Catherine de Medici.
Melalui istana kurun ke-16 ini, ada kisah yang dilihat hampir sama dengan mendiang Gabrielle Chanel. Virginie Viard, Pengarah Artistik di Chanel berkongsi yang logo dua C jenama itu mungkin saling terinspirasi dengan lambang dua C yang ada di istana ini. Mungkin ada idea yang lahir dari kehidupan de Medici kerana Chanel cukup menyajung tinggi kehebatan bangsawan Itali itu. Dek kerana itu ada persalinan yang dicedok daripada gerobok Catherine de Medici seperti penggunaan renda juga barang perhiasannya.


“Saya cukup teruja dengan perasaan yang asing juga simpati dan masa yang sama menggagumi wanita ynag hidup pada zaman Francios I hingga Louis XIII. Mungkin mereka semua ini cukup hebat, dengan kemegahan yang ringkas serta terus memikul tanggungjawab dengan gah,” petikan daripada nukilan mendiang Gabrielle Chanel yang ditulis olehnya pada 1936.



Mellaui himpunan Metiers d’Art ini jugalah menjadi gelanggang buat Chanel untuk memperkasakan lagi atelier mereka. Kini sudah ada 32 rumah artisan fesyen yang diambil Chanel dengan usaha untuk memelihara dan terus melestarikan seni artisan adibusana. Setiap rumah artisan ini memberikan khidmat paling gah. Seperti Montex yang diamanahkan untuk penghasilan tenunan berinivasi yang menzahirkan idea istana pada rekaan baju. Lalu, digubah seakan permainan block dan mencengkik badan wanita. Lemarie yang cukup popular dikalangan pecinta chanel pula bangga dengan seni teknik kekisi yang disenikan pada perincian bulu atas dress renda.
Pautan Berkenaan: Mimpi Chanel Yang Tidak Berakhir
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
