Kylie Minogue, Ikon Pop Yang Kekal Stylish
We love Kylie Minogue! Mengapa GLAM memilih untuk mengulas gaya Kylie minggu ini? Kerana single terbaharunya, ‘Real Groove’ kembali ‘menyengat’ and we can’t get enough of her. Tak diramalkan langsung, single ‘Real Groove’ benar-benar menjadi kali ini. Setelah mengeluarkan beberapa album beberapa tahun lepas, nama Kylie dilihat semakin sepi. Namun, dengan kehangatan ‘Real Groove’, Kylie kembali mendominasi carta-carta lagu pop. Malah, terdapat versi lain yang mengundang Dua Lipa sebagai rakan duet. Kylie and Dua? WOW! Can you name another iconic pair?
Di samping bergiat aktif dalam muzik, Kylie turut berkongsi perihal fesyennya serta aktiviti seninya bersama pengikut yang juga sudah menjadi peminat setianya selama bertahun-tahun. Kylie tidak seperti penyanyi di eranya yang lain. Kylie masih mengutamakan privasi, pun begitu banyak juga perkara yang dikongsinya buat pengetahuan peminat. Another thing we love about Kylie is dia kekal cantik walaupun sudah memasuki kategori umur 50-an. Sinar wajah Kylie masih kelihatan. Stailnya pula masih sama seperti dahulu, cumanya lebih konservatif, selari dengan usianya sekarang.
Era experimental-nya telah lama berlalu. Kylie di waktu sekarang lebih ‘selesa’ memakai sesuatu yang ‘ringan’ dan mudah, namun ada twist pada pemilihan warna dan corak yang ditampilkan. Ada kalanya juga Kylie tampil extra. Terutamanya kala membuat persembahan. Hmm…bukan Kylie-lah kalau tidak ada drama dalam perihal gayanya. That’s what we love more about Kylie now. Selaras dengan imej album baharu ‘Magic’, Kylie kembali muncul dalam penggayaan yang menggarap fesyen ikonik sekitar era ’60-an dan ’70-an. Yang mana, fesyennya yang banyak dipengaruhi muzik disko dan pop. Maka itu, Kylie seringkali tampil dalam rekaan jumpsuit, seluar lebar dan pengunaan warna-warna bold juga berkilau. Imej disko yang terlihat jelas. Apatah lagi, lagu-lagu konsep disko cukup akrab dengan perjalanan karier Kylie.
GLAM gemar melayari akaun Instagram Kylie. Banyak rujukan fesyen serta ilham cantik Kylie yang boleh dijadikan contoh terutamanya buat golongan wanita yang seusianya. Membuktikan fashion should grow gracefully too.
Artikel berkaitan: Hye Kyo Song, Duta Jenama FENDI Asal Korea
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
