Loewe FW24 Aksesori Pilihan Eksklusif Untuk Gaya Anda
Loewe memperkenalkan pilihan aksesori sebagai sebahagian daripada koleksi Musim Luruh 2024 mereka. Serlahkan wardrobe anda dengan lebih chic!
Let’s get trendy. Terlihat beberapa kepingan adalah inovasi dari siluet ikonik yang sedia ada, manakala yang lain adalah rekaan baru sepenuhnya untuk koleksi musim luruh ini. Koleksi khas yang penuh teliti membawa kepada inspirasi di sebalik cetakan jenama ini yang menggunakan fabrik dan wallpaper bunga antik, radishes dan buttercups dari porselin Chelsea awal abad ke-18. Rantai perak pada mantel kasmir kelabu yang menyerupai bulu, sebenarnya adalah kayu ukir. Sulaman “kaviar” trompe l’oeil menghiasi segala-galanya dari sut sukan dan but hingga seluar dan beg. Salah satu adalah sekumpulan asparagus porselin Chelsea antik yang sangat terperinci, menjadi objek fesyen mewah abad ke-21 bagi pengumpul.
Koleksi Terserlah Buat Style Para Fashionista!
Flamenco purse large

Flamenco Purse Large | New voluminous size, including a suede edition with contrast leather piping and trims
Minda kreatif Anderson kemudian tertumpu kepada koleksi hiasan yang sangat rumit seperti dari China, sulaman karpet haiwan peliharaan, dan perabot Chippendale yang diletakkan oleh pereka dalaman wanita dari tahun 1920-an di apartmen Upper East Side mereka yang menjadikan insipirasi yang cukup detail dan mendalam buat hasil koleksi ini. Lantas, beg-beg lembut dan sensual mempamerkan kepakaran kulit dan inovasi jenama ini. Beg Flamenco Purse yang terkenal kini hadir dalam saiz besar yang memukau, diperbuat daripada kulit nappa yang lembut, dengan palet warna baru yang mewah serta rantai donut chunky yang memberikan sentuhan seumpama permata. 

Loewe Onda slingback pump in brushed calfskin
Disamping itu, kasut slingback Onda yang baru, diperbuat daripada kulit calf lembut yang diilhamkan oleh lekuk ombak, dengan tumit 90mm yang chunky dan lembut beralun serta bentuk jari kaki yang khas. Terdapat juga versi terbuka jari kaki dengan tumit 45mm yang lebih pendek, dan kedua-dua kasut ini diakhiri dengan gesper segi empat tepat yang bertanda jenama ini.


Beaded Items
Koleksi musim ini juga menampilkan hiasan kaviar yang menakjubkan, diilhamkan oleh karpet antik atau porselin Chelsea. Hiasan ini dipamerkan pada beg Squeeze, but Campo biker, dan kasut Toy.




Pump in floral hand-beaded embroidered canvas with a petal-shaped toe and lacquered signature Toy heel.
https://www.instagram.com/p/C_kXMfvovOL/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Petal Bow Sandal
Terdapat juga sandal Petal Bow yang ditutup sepenuhnya dengan kulit calf lembut berbulu panjang, tersedia dalam warna cerah seperti Emerald Green atau Paprika, serta versi Hitam yang lebih sederhana.


Emerald Green (kiri) dan Paprika (kanan)
Customizable handcrafted beaded charms, straps and dice.



Courtesy of Loewe
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
