
Dengan lebih 100 ribu pengikut di laman sosial Instagram, si anggun ini bukan calang-calang “influencer” fesyen. Dilahirkan sebagai Nadzirah Rahman, graduan jurusan undang-undang yang lebih gemar disapa “Naddy” ini bukan sahaja manis dipandang, perwatakkan bubbly beliau serta kemesraanya juga menambah kepada kejelitaan model sambilan petit ini!
GLAM gets up-and-close bersama Naddy Rahman di samping mengongsikan stail peribadi pilihan kami!
1. Bagaimana rutin harian anda?
Kini setelah saya tamat pengajian, rutin harian saya agak lengang. Mungkin, bangun pagi, brunch, ke gim dua kali seminggu, balik rumah dan tidur. Kadang-kala, sesi penggambaran, jika ada.
2. Prinsip kehidupan yang anda pegang?
Prinsip kehidupan saya adalah untuk sentiasa menjadi diri sendiri, tidak pernah cuba untuk menarik perhatian orang sehingga ia mempengaruhi kamu dan always be kind.

3. Satu ikon atau idola dalam hidup anda?
Jack Ma. Truly inspiring.
4. Pembelian yang anda paling menyesal?
Beberapa cekak rambut Ferragamo yang masih belum dipakai!

5. A Holy Grail makeup item?
Span silikon dari Chiq Supply!
6. Satu trend fesyen yang patut lenyap?
Coker leher? Saya rasa we’re way past that.

7. Jika anda boleh bertukar wardrobe dengan seseorang, real atau fiksyen, siapakah ia?
Olivia Palermo, dan seorang fashionista bernama “Upcloseandstylish” di Instagram. Beliau tidak pernah mendedahkan identitinya.
8. Wangian kegemaran?
J’adore dari Dior dan Flight of Fancy oleh Anna Sui.

9. Di manakah GLAM boleh mencari anda di pagi Ahad?
Jika kamu bertuah, bersarapan brunch seperti biasa. Jika tidak, sedang tidur di rumah. LOL!
10. Any guilty pleasures?
Saya gemar makan ais krim dan cokelat sejurus sebelum tidur dan saya tidak rasa bersalah langsung!
Oleh: Aizat Azman Shah
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
