Related Stories
JEREMY SCOTT BAGAIKAN TIDAK PERNAH KERING IDEA UNTUK SENTIASA MEMUNCULKAN KOLEKSI YANG FUN DAN SUPER POP. UNTUK PERSEMBAHAN 2022 RESORT MOSCHINO, MODEL DAN PEMUZIK, KAREN ELSON TAMPIL SEBAGAI MUSE DAN MENUNJUKKAN SKIL MENARINYA DALAM VIDEO MINI ‘LIGHTNING STRIKES: THE MOSCHINO MUSICAL’. GLAM MEMILIH 10 JOYFUL LOOKS DARI KOLEKSI INI.
Moschino lancarkan video mini ‘Lightning Strikes: The Moschino Mini-Musical yang menjalani rakaman di lokasi unik, Universal Studios’. Merayakan himpunan 2022 Resort Moschino, turut sama mempersembahkan koleksi lelaki Moschino musim bunga/panas 2022. Diarahkan oleh Jeremy Scott merangkap Pengarah Kreatif Moschino, menampilkan muse fesyen Scott dan supermodel, Karen Elson sebagai bintang utama.
Bertemakan muzikal (inspirasi dari filem-filem klasik Hollywood), mengisahkan Karen Elson bekerja sebagai pelayan restoran sedang berada di restoran tempat kerjanya sedang. Lalu berimaginasi dengan memaparkan adegan Elson menari sambil diiringi beberapa trak lagu klasik, “Everybody Dance,” oleh band Chic, “Funkytown,” oleh Lipps Inc dan disudahi dengan lagu Elson sendiri, “Lightning Strikes”. Sangat menghiburkan!

Dari mula ke pertengahan dan pengakhiran cerita, Elson memakai rekaan Moschino dari koleksi 2022 Resort. Elson menyanyi dan menari dalam imaginasinya yang bersinematik indah, menggayakan fesyen Moschino. Yang mana turut menampilkan model-model perempuan dan lelaki, memegang karakter sebagai teman juga penari. Terasa terhibur sekali sepanjang menonton video pendek tersebut dalam pentas sarat warna pop.
Istimewanya lagi, projek ini merupakan kerjasama kreatif antara Elson dan Scott sendiri, yang sama-sama meminati bidang muzik dan banyak berkongsi inspirasi hebat.
Moschino memang merayakan kepositifan dan kegembiraan melalui koleksi 2022 Resort. Elemen warna, senyawa klasik Hollywood, dan camp muncul serta konsisten dalam koleksi ini. Itu semua berpadu dengan koleksi perhiasan dan perincian yang dirancang secara rapi. Dan juga sesuai dengan generasi muda saat ini yang sukakan kelainan, berani menaruh gaya dengan rekaan tidak konvensional.
THE 10 JOYFUL LOOKS PILIHAN GLAM
Artikel berkaitan: Magnifica Collection Berekaan Kompleks, Berbatu Indah
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.












