NikeLab Berganding Bahu Bersama Riccardo Tisci Buat Kali Keempat!
Selepas tiga repetoire berjaya gandingan NikeLab bersama bekas pengarah kreatif Givenchy itu, mereka kini kembali bersinergi!

Foto: Nike
Jenama Amerika itu buat kali keempatnya telah berkongsi nukilan seni bersama Riccardo Tisci! Item pakaian yang dimaksudkan ialah sepasang sepatu Dunk Lux Highs yang saban hari menjadi ikon buat Nike. Ia telah diberi nafas segar yakni berunsurkan bola keranjang pada era 80an serta budaya skating.
Kedua-dua inspirasi mereka itu kian membuat comeback di radar-radar penggemar fesyen; tidak hairanlah mereka membuahkan ilham melalui trend tersebut!
Dinamakan NikeLab Dunk Lux Chukka x RT, ia juga didatangkan bersama teknologi sukan yang menjadi identiti jenama gergasi tersebut di samping nukilan Riccardo yang senantiasa mengetengahkan detail dari mata seorang tokoh ternama dunia fesyen.
Sepatu ikonik itu diperbuat daripada material kulit yang bermutu tinggi dan sama seperti yang terdahulu, the famous Nike Swoosh has been supersized! Ia mempunyai dua pilihan warna yang menarik, iaitu hitam/putih serta merah/putih. Edisi terhad ini bakal dibuat sedia untuk umum pada 10 Februari di New York City.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
