fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
10 Pereka Fesyen Terkaya 2024 , Buat Anda Teruja Ceburi Dunia Fesyen
GLAM Pentas Fesyen: Koleksi Musim Bunga 2025 Loewe
Louis Vuitton Pre-Fall 2023 Berlabuh Di Sungai Han
“I’m Back In The Game!” David Beckham, Buat Victoria ‘Thirsty’
Bayu Baharu Scha Alyahya

Pancaran Permata Romantis Goldheart Serlah Aura Ratu Sehari

Perhiasan batu permata dari Goldheart menapakkan batu permatanya yang eksklusif di tanah air sejak 1944. Dek kerana rekaannya yang diacu dengan sentuhan seni cinta menjadikan ia antara pilihan utama buat juita. Saban tahun, Goldheart meraikan ciptaan terbaru yang lebih kreatif seiring dengan perededaran zaman.

Pilihan GLAM adalah Romantic Blue buat tarikh keramat ini. Dibuat dari tanah Jepun koleksi ini mengeluarkan kehalusan dalam menggabungkan nilam pada cincin berlian platinum ini. Menggunakan emas merah, kuning pada bahagian dalam cincin dipeluk pula dengan logam PT950 dan PT900 pada sisi luar, dan dihiasi pula dengan permata Zamrud biru. Buat pengetahuan semua, batu nilam ini mempunyai kekuatan dan daya penyembuhan jika ia diletakkan pada permukaan kulit.

 

Something Blue oleh Goldheart emas putih sempurna buat pengantin yang mementingkan rekaan sofistikated dan timeless. Direka khas menggunakan logam PT999,  istimewanya cincin ini diiringi dengan batu Zamrud biru indah menelusuri pada bahagian dalam sekeliling cincin. Set rangkaian Promesse, menghidupkan lagi keagungan jalinan asmara pasanagan cinta. Promesse hadir dengan set lengkap anting-anting, gelang tangan, rantai indah melengkapi pengantin.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse