Panduan Fesyen Musim Luruh 2023, Dari Coach ke Michael Kors
TORY BURCH

Untuk musim luruh 2023, esen cool dan individualistik Tory Burch beralih ke arah yang lebih seksi lagi menggoda. Menebarkan spirit gembira hasil gabungan antara elemen versatil, fungsi dan juga integriti. Pertunjukan dibuka dengan look pertama dengan aturan warna beige, namun diolah dengan pintalan pin gergasi pada ikatan pinggang skirt. Spirit gaya Tory Burch diteruskan lagi dengan sut longgar dengan pelapik, dress berlapel dan baju sejuk longgar yang berlapis dan seluar oversized yang sepadan terbukti mencuri perhatian. Injeksi kombinasi palet warna yang kontras seperti rona merah, biru, fuchsia dan hijau. Campuran warna yang berani dan cerah ini memang biasanya tidak mudah untuk dipadupadankan serta bukan estetik Tory Burch yang dulu, tetapi label Tory Burch berhasil mewujudkannya. Menggelorakan rasa kebebasan bergaya khas wanita masa kini.
Menurut Burch, pereka itu sedang meneroka idea kesempurnaan, dan ia menunjukkan pada keseluruhan look terutamanya butiran-butiran kecil. Misalnya, rambu hijau pada dress maxi, fishnets pada celana denim juga gelang emas chunky melilit pergelangan tangan model yang menjinjing beg bermonogram. Nyata cemerlang memberdayakan wanita dengan keanggunan kasual yang relevan.
FENDI
Peragawati di Fendi musim luruh 2023 melewati pementasan yang diterangi oleh pancaran cahaya seperti kaleidoskop. Skirt tenis kulit berlisu digayakan pada seluar lurus. Cape longgar dicantumkan pada satu bahu pakaian. Labuci melapisi bahagian dalam jaket, manakala monogram double F menghiasi jaket kulit yang cukup beragam. Hasilnya adalah koleksi yang bergaya chic tetapi dekonstruksi, memikat dengan salinan gaya grunge.
Dimulai dari palet warna putih dengan potongan tegas, berstruktur dan bersih kemudian bertransisi ke nuansa warna lembut dengan beragam potongan yang lebih menjuntai, warna pop dan perlahan memasuki segmen akhir dengan gradasi warna yang lebih gelap. Perpaduan yang segar antara ekspresi artistik dan gaya kontemporari menjadi perhatian utama. Koleksi ini meramu identiti Delfina. Didorong idea chic darinya dengan putaran gaya tersendiri, yang mana banyak mengilhami Kim Jones untuk Fendi musim ini.
Artikel berkaitan: 10 Gaya Berpasangan Terbaik Amal Alamuddin & George Clooney
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sentiasa Tegang & Awet Muda?
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Bila ‘Drive Safe’ Tidak Lagi Kedengaran Biasa…
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


