‘Paparazzi’ Menjadi Tema Kempen Terkini Balenciaga
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Feb 20, 2025
Balenciaga memperkenal kempen Le City Paparazzi Balenciaga, merakamkan para jelitawan seperti Claudia Schiffer, Tyra Banks, Lucy Liu dan ramai lagi!
Jenama Balenciaga sering kali terkenal akan keunikannya yang tersendiri. Kini, label ini membawakan kempen Paparazzi Le City yang terkini, gabungan inovatif masa lalu dan masa kini. Kempen ini menampilkan imej paparazi yang diubah suai secara digital dari awal 2000-an, menggabungkan reka bentuk kontemporari Beg Le City. Dengan menghubungkan visual nostalgia dan elemen moden, Balenciaga merakamkan gaya timeless sambil meraikan evolusi fesyen. Imej yang diimaginasikan semula ini bukan sahaja menyerlahkan aksesori ikonik jenama itu, tetapi juga membangkitkan era keemasan budaya paparazi, di mana supermodel dan selebriti sering dirakam secara candid.
Selain imejan yang menarik, kempen ini menampilkan watermark yang diilhamkan oleh tapak web foto stok. Perincian halus ini mengukuhkan konsep fotografi paparazi, memberikan imej yang asli. Deretan foto di dalam kempen menggambarkan bagaimana barisan ikon ini memadukan Beg Le City dalam kehidupan seharian mereka yang mana mewujudkan hubungan antara masa lalu dan sekarang. Pendekatan ini bukan sahaja menyerlahkan kepelbagaian beg itu tetapi juga menekankan sisi idea sebagai ruji fesyen.
Kempen Paparazzi Le City ini nyata membangkitkan semangat awal tahun 2000-an, memberi penghormatan kepada impak budaya era zaman itu. Dengan merapatkan jurang antara masa lalu dan sekarang, Balenciaga mengukuhkan pengaruh yang berkekalan pada kempen item fesyen ini. Kempen ini lantas terserlah akan sejarah gaya dan fesyen yang kontemporari. Kempen ini justeru memberi sorotan akan keindahan bagaimana ikon fesyen daripada generasi berbeza, terus membentuk dan memberi inspirasi kepada dunia fesyen sehingga hari ini.
Artikel Berkaitan: Balenciaga Summer 25 Menyajikan Pementasan Fesyen Adaptasi Memori Demna
Kempen Le City Paparazzi Balenciaga
Kempen ini mempamerkan barisan supermodel dan ikon budaya cemerlang yang cukup berpengaruh lantas membentuk ingatan kolektif industri fesyen. Ikon seperti Alek Wek, Alessandra Ambrosio, Amber Valletta, Claudia Schiffer, Malgosia Bela, Natasha Poly, dan Tyra Banks muncul bersama pelakon Lucy Liu dan fesyen ikon ketika era 90-an, Paris Hilton. Setiap individu ini memainkan peranan penting dalam menentukan landskap fesyen dan penglibatan mereka dalam kempen mengukuhkan idea Beg Le City sebagai simbol gaya dan kecanggihan yang berkekalan.
Selain imejan yang menarik, kempen ini menampilkan watermark yang diilhamkan oleh tapak web foto stok. Perincian halus ini mengukuhkan konsep fotografi paparazi, memberikan imej yang asli. Deretan foto di dalam kempen menggambarkan bagaimana barisan ikon ini memadukan Beg Le City dalam kehidupan seharian mereka yang mana mewujudkan hubungan antara masa lalu dan sekarang. Pendekatan ini bukan sahaja menyerlahkan kepelbagaian beg itu tetapi juga menekankan sisi idea sebagai ruji fesyen.
Kempen Paparazzi Le City ini nyata membangkitkan semangat awal tahun 2000-an, memberi penghormatan kepada impak budaya era zaman itu. Dengan merapatkan jurang antara masa lalu dan sekarang, Balenciaga mengukuhkan pengaruh yang berkekalan pada kempen item fesyen ini. Kempen ini lantas terserlah akan sejarah gaya dan fesyen yang kontemporari. Kempen ini justeru memberi sorotan akan keindahan bagaimana ikon fesyen daripada generasi berbeza, terus membentuk dan memberi inspirasi kepada dunia fesyen sehingga hari ini.
Artikel Berkaitan: Balenciaga Summer 25 Menyajikan Pementasan Fesyen Adaptasi Memori Demna
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
