Chanel bersama Charles Finch menganjurkan acara makan malam sebelum berlangsungnya malam Anugerah Oscar yang lalu. Selebriti yang hadir termasuk wajah Chanel seperti Keira Knightley dan Kristen Stewart tampil anggun dalam persalinan rumah fesyen itu.
Keira Knightley
Wajah Coco Mademoiselle & Rouge Coco yang sedang sarat hamil ini anggun mengenakan top hitam tanpa lengan yang disuai padan dengan skirt putih chiffon dari koleksi Haute Couture spring/summer 2015.
Rinko Kikuchi
Pelakon kelahiran Jepun ini memilih padanan jaket tweed dan dress pendek dengan clutch perak beserta sepatu hitam.
Dree Hemingway
Top dan skirt kasmir rona kelabu navy dari koleksi Spring/Summer Ready-to-Wear Chanel menjadi pilihan aktres ini. Dipadankan dengan but paten hitam dari koleksi fall/winter, dia membias gaya peribadi.
Julianne Moore
Padanan dress organza serta kasut tumit tinggi hitam dari koleksi Cruise 2015 ini membuatkan Julianne Moore tampak effortlessly chic.
Kristen Stewart
Dress tweed dipakai wajah kempen tas tangan koleksi spring/summer 2015 ini kena dengan jiwanya yang sedikit andorgyny.
Riley Keough
Cucu kepada Elvis Presley ini buktikan bahawa Chanel juga sesuai digayakan orang muda dengan padanan top sutera, celana dan jaket dalam rona monokrom.
Gambar: TPGVIP
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
