Related Stories
Fashionista Yang Memeriahkan Pelancaran Michael Kors Logo Empire
Selaras dengan musim fesyen yang baru sahaja berakhir, barisan selebriti sudah semestinya senantiasa dijemput ke majlis mahupun pelancaran fesyen. Bahkan baru-baru ini selebriti dan pempengaruh tempatan meraikan pelancaran Michael Kors Empire Logo.
Michael Kors mengadakan parti ekslusif di Pavilion Kuala Lumpur bagi melancarkan Empire Logo baru bersama rakan-rakan selebriti tempatan seperti Zahirah MacWilson, Jane Lau, Juwei Teoh, Yaya Zahir, Shalma Aina, Hun Haqeem, Nadhir Nasar, Sweet Qismina, Azira Shafinaz, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Barisan Selebriti Di Pelancaran Michael Kors Empire Logo

Eyka Farhana

Jasmine Suraya

Nadhir Nasar

Zahirah MacWilson

Adriana Adnan dan Nadia Brian

Azira Shafinaz, Yaya Zahir dan Adriana Adnan

Athina Kamarudin

Angel, Tabby dan Sabrina (Dolla)

Hun Haqeem
Diilhamkan oleh pengembaraan Michael ke Paris, logo MK diamond lattice monogram mengangkat inspirasi daripada Louvre yang ikonik. Malah di majlis pelancaran di butik label Michael Kors ini juga, tetamu dapat melihat semua koleksi terkini jenama ini yang menampilkan logo baharu – daripada pakaian luar hingga beg tangan.
Bersahaja namun gah, logo baharu ini memancarkan rasa elegan buat sang pemakai. Cetakan Michael Kors Empire Logo ini juga menawarkan aura glamor pada pakaian seasonal, dalam cetakan harimau bintang yang mewah.

Malah untuk semua koleksi aksesori, Michael Kors Empire Logo menjadi tumpuan utama. Logo ini dicetak semula sebagai corak rantaian yang menarik, dicetak dan ditenun dalam jacquard mewah. Fabrik jacquard ini terkenal dengan corak tenunannya yang indah, berdiri sebagai lambang sebenar kualiti hebat dalam bidang tekstil. Dicipta dengan butiran yang penuh ketelitian, Jacquard ini menggunakan alat tenunan khas yang menganyam motif rumit, menstruktur reka bentuk ke dalam fabrik itu sendiri, menjadikan setiap koleksi sebagai karya seni bernilai.
Di sebalik daya tarikan estetik, ketahanan dan kekayaan fabrik, Jacquard ini memastikan ia bukan sahaja menghiasi, tetapi juga bertahan lama, menjadikannya fabrik pilihan yang diidamkan untuk haute couture, upholsteri dan hiasan rumah.
Artikel berkaitan: Selebriti Ternama Turut Meraikan Koleksi Michael Kors di NYFW
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
