Related Stories
Perunding Fesyen Diraja Victoria Beckham Buat Meghan Markle
From Posh Spice to NYFW Superstar. Victoria Beckham bukan calang-calang nama dalam industri fesyen moden ini. Selain itu, Beckham juga nampaknya memainkan perana sebagai penasihat fesyen “rasmi” buat princess-to-be Meghan Markle.

Tidak ramai yang tahu Beckham dan Markle sebenarnya mula berkenalan sejak Markle berpindah ke London tahun lalu. Menurut teman rapat kedua-dua wanita hebat ini, “Mereka mempunyai hubungan yang baik dan sering berkomunikasi. Meghan amat menyukai stail Victoria.”
Dalam kesibukan dengan persiapan majlis perkahwinannya, Markle juga telah meminta bantuan Beckham untuk membantunya dalam menyiapkan wardrobe yang sempurna untuk menghadapi kehidupannya sebagai seorang ahli kerabat diraja tidak lama lagi.
Beckham juga dikatakan dia sangat teruja untuk menjalinkan hubungan persahabatan bersama Markle dan dia ingin semua orang tahu tentang hubungan mereka. Malah Beckham juga merupakan penyebab utama Markle kelihatan menawan pada hari dia mengumumkan pertunangannya bersama Putera Harry. Pereka itu dikatakan telah membantu rakannya ini untuk mendapatkan khidmat pakar kulit terkenal, Sarah Chapman, yang memerlukan tempoh sekurang-kurangnya enam bulan untuk mendapatkan perkhidmatannya.
Beckham dan suaminya dikhabarkan akan menghadiri majlis perkahwinan Markle dan Putera Harry seperti mana mereka telah menghadiri majlis istimewa Kate Middleton dan Putera William. Malah David Beckham juga merupakan teman baik kepada Putera Harry.
Apakah kebarangkalian Beckham akan mereka gaun perkahwinan buat Markle seperti mana dia mereka gaun perkahwinan teman baiknya, Eva Longoria?
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
