Phuwin Menghidupkan Summer Getaway Tommy Hilfiger Di Kuala Lumpur
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioKemunculan bintang dari Thailand, Phuwin Tangsakyuen di Kuala Lumpur mencetuskan keterujaan luar biasa, berketerampilan gaya preppy moden buat acara pop-up Tommy Hilfiger yang berinspirasikan nautika.
Jenama ikonik Tommy Hilfiger menghadirkan pop-up ekslusif di tengah-tengah kota Kuala Lumpur menerusi Summer Getaway Pop-up yang berlangsung di Suria KLCC dari 28 April hingga 10 Mei 2026. Ruang ini diolah sebagai sebuah escapism sartorial, yang mana menggabungkan elemen nautika dengan estetika preppy yang santai namun teratur. Palet merah, putih dan biru yang menjadi DNA jenama ini diterjemahkan dalam susun atur yang tampak bersih, terbuka dan penuh cahaya, lantas menghidupkan semangat musim panas yang optimistik dan bersahaja.

Phuwin Menghangatkan Summer Getaway Pop-up Tommy Hilfiger!
Namun, kemuncak acara ini tentunya adalah kemunculan bintang T-Wave dari Thailand, Phuwin Tangsakyuen yang buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Malaysia. Sebagai duta jenama, kehadirannya disambut dengan keterujaan luar biasa daripada peminat setia yang memenuhi ruang pop-up tersebut. Penampilan eksklusif ini bukan sekadar sesi meet-and-greet, tetapi juga satu momen yang mengukuhkan hubungan antara selebriti, jenama dan para komuniti fesyen. Hadir dengan tampilan penuh gaya yang effortlessly polished, Phuwin menzahirkan interpretasi kontemporari terhadap warisan preppy Tommy Hilfiger yang membuktikan bahawa klasik tidak pernah ketinggalan zaman.

Acara dimulakan dengan sambutan hangat daripada hos Natalie Chai, sebelum diserikan lagi dengan kehadiran barisan tetamu VIP yang terdiri daripada personaliti kreatif tempatan seperti Jack Gohr, Alvin Tiew dan Iyzdham Ang, bersama nama-nama lain yang membawa identiti tersendiri dalam gaya masing-masing. Menariknya, para tetamu ini diperlihatkan menggayakan polo shirt ikonik jenama ini. Ia merupakan sebuah staple yang diperkenalkan sejak 1985 dengan interpretasi yang berbeza-beza, lantas mencerminkan kebebasan ekspresi dalam kerangka gaya yang klasik. Daripada potongan kemas hingga palet warna yang variasi, koleksi ini memperlihatkan evolusi pakaian asas menjadi pernyataan fesyen yang lebih personal.
Lebih daripada sekadar ruang runcit sementara, pop-up ini berfungsi sebagai pengalaman imersif yang mengundang pengunjung untuk menyelami dunia Tommy Hilfiger secara lebih dekat. Instalasi visual interaktif, sudut personalisasi charm bertemakan perjalanan musim panas, serta photobooth khas yang disediakan menjadikan setiap kunjungan satu pengalaman yang mengujakan. Ia bukan hanya tentang membeli pakaian, tetapi tentang menikmati gaya hidup dalam satu naratif yang menggabungkan warisan nautika dengan sensibiliti moden. Dengan pelancaran koleksi Summer 2026 yang turut tersedia secara global, Tommy Hilfiger sekali lagi menegaskan posisinya sebagai jenama yang mampu merentasi masa, trend serta budaya dengan keanggunan yang nyata konsisten.

Artikel berkaitan: ‘Summer Break’ Tommy Hilfiger & Andy Warhol
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
