fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Petak dan Persona: Seluar ‘Checked’ Merantau Masa
GLAM FIRST: Prada Spring/Summer 2021
Sebab Sebenar Puteri Diana Sering Menggunakan Clutch Sebagai Aksesori
Fashionista Paris Menentang Kuasa Alam Dengan Pilihan Fesyen mereka
Max Mara Reka Kostum Balet Buat Aterballetto
Home > Fesyen > Rancang Fesyen Puteri Aishah Bersama Polo Ralph Lauren

Rancang Fesyen Puteri Aishah Bersama Polo Ralph Lauren

Pengarang Fesyen & Pengurus Projek: Johan Kassim, Pelatih: Ariff Aziz, Solekan: Sheng Saw, Dandanan: Mei Choi, Gambar & Video: Chee Wei, Outfit: Polo Ralph Lauren

POLO RALPH LAUREN HADIRKAN HIMPUNAN BEG TANGAN POLO ID. RAGAM BEG TANGAN YANG DIABADIKAN SEBAGAI SESUATU YANG HARUS DIKAGUMI. IKUTI STAIL PUTERI AISHAH BERPADU GAYA RALPH LAUREN POLO ID. 

Polo Ralph Lauren memperkenalkan koleksi Polo ID, rangkaian aksesori baharu yang menyemati semangat kembara, percintaan dan optimis. Butiran yang memaut pada reka bentuk beg, misalnya logo Pony Player yang ikonik-mengambil inspirasi daripada gelang vintaj ID. Seni warisan keluarga yang terkumpul, diukir dan dikagumi antara generasi sebagai momen penting yang abadi. Koleksi ini terdiri daripada beg tangan, aksesori kulit kecil, kasut dan tali pinggang. 

https://www.instagram.com/p/CiMpHtSAt6z/

Terdapat empat siluet beg tangan yang menerima sentuhan seni sukan ekuestrian dan menampilkan gantungan logam berpotongan Pony Player. Beg bahu ID, beg utama dalam koleksi ini, memiliki saiz dalaman yang luas, reka bentuk ‘saddle’ dengan material suede pada bahagian dalam beg. Beg bahu mini ID bersiluet lebih kecil, dan dilengkapi tali beg yang versatil, yang mana boleh mengubah stail daripada beg bahu kepada bentuk ‘croissant’ yang menawan kala dibawa. Mendorong konsep gaya yang tersendiri, malah melonjakkan penampilan.

Opsyen beg yang juga patut dimiliki- beg Saddle ID dan beg Envelope ID. Banyak kegunaannya. Tambahan lagi, reka bentuknya memiliki perspektif gaya yang moden, benar-benar sesuai buat wanita masa kini.