Rekaan Balmain Membantu Penghamilan Kim Kardashian?

Kim Kardashian sememangya terkenal dengan gaya-gayanya yang daring dan seksi dan perkara ini tidak terkecuali pada malam yang dikatakan North West di”hasilkan”.

 

Dalam satu temubual untuk applikasi Kim baru-baru ini, pereka fesyen ternama dan pengarah kreatif Balmain Olivier Rousteing membincangkan tentang gaya-gaya Kim yang direka olehnya dan menjadi kegemarannya semenjak mereka bertemua buat pertama kali di Gala Met pada tahun 2013.

 

“Perjumpaan pertama saya dengan Kim boleh saya sampaikan dengan tiga perkataan, mengejutkan, electric, dan cinta,”

Pereka itu kemudian bercerita tentang rekaan pertamanya untuk Kim di mana dia menghasilkan busana ala-ala Marie Antoinette untuk parti bujangnya.

 

“Dia memahukan sesuatu yang unik dan istimewa untuk harinya yang istimewa jadi saya menghasilkan kostum Marie Antoinette tersebut dan ianya sangat indah. Dia merupakan seorang wanita yang unik dan busana tersebut juga unik jadi ianya sangat istimewa buat saya.”

 

Setelah berfikir sejenak, Olivier baru sedar bahawa baju tersebut bukanlah rekaannya yang pertama buat Kim. Dia sebenarnya sudah pun mereka satu persalinan untuk Kim sempena Gabrielle’s Angel Foundation Ball pada tahun 2012, permintaan oleh Kanye West.

 

Olivier dan Kim belum bertemu pun lagi pada masa itu.

 

 

“Saya rasa pertama kali saya menghasilkan sesuatu untuk Kim bukanlah untuk majlis bujangnya tetapi sepasang busana panjang berwarna biru elektrik yang diminta oleh Kanye,” katanya. “Dan anda tahu tidak apa yang menarik perihal baju tersebut — Saya tidak tahu sama ada saya boleh mengatakan ini atau tidak tetapi saya akan mengatakannya juga — merupakan baju yang dipakai oleh Kim malam North West di”hasil”kan”. Saya tidak pasti kalau saya boleh bincangkan perkara ini, ianya mungkin satu rahsia tetapi Kanye sendiri yang beritahu saya.”

 

Refinery29 sendiri membuat pengiraan yang masuk akal kalau mengikut logiknya. Angel Ball tersebut diadakan 22 Oktober 2012 dan North West dilahirkan 8 bulan kemudian pada 15 Jun 2013? Kebetulan?

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid

POST A COMMENT