fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
MET Gala 2023, Sofia Coppola dalam CHANEL
Gaun Robert Wun Menawan Karpet Merah Met Gala 2026
90’s Supermodels Takluk Pentas Peragaan Minggu Fesyen 2019
10 Momen Minggu Fesyen Yang Menggemparkan Internet
Intip Pilihan Aksesori Wanita Terbaru Untuk Gaya Lebaran-Balmain & Tom Ford
Home > Fesyen > Riccardo Tisci Diumumkan Sebagai Ketua Pegawai Kreatif Baru Burberry

Riccardo Tisci Diumumkan Sebagai Ketua Pegawai Kreatif Baru Burberry

Riccardo Tisci

Burberry telah mengumumkan perlantikan Riccardo Tisci sebagai Ketua Pegawai Kreatif mereka berkuatkuasa 12 Mac ini.

 

Selepas 17 tahun, Christopher Bailey mengumumkan peletakan jawatannya di Burberry pada tahun yang lalu dan telah mempersembahkan koleksi terakhirnya untuk rumah fesyen ini dengan koleksi Luruh/Sejuk ’18 semasa Minggu Fesyen London baru-baru ini.

 

Tisci yang meninggalkan Givenchy pada tahun lalu juga bakal membawa dirinya ke London untuk menguruskan urusan kreatif di Burberry. Koleksi pertamanya bakal dipersembahkan pada bulan September ini.

 

“Riccardo adalah antara pereka yang berbakat zaman ini. Rekaannya mempunyai elemen elegan yang juga kontemporari dan kebolehannya dalam menggabungkan streetwear dan high fashion adalah sesuatu yang relevan dengan pengguna produk mewah. Visi kreatif Riccardo juga akan memperkukuhkan cita-cita Burberry dan menguatkan posisi jenama,” nyata ketua eksekutif Burberry, Marco Gobetti.

 

Tisci juga menyatakan keterujaannya untuk menyertai pasukan Burberry dan bekerjasama semula dengan Gobbetii yang merupakan bekas CEO di Givenchy sebelum ini.

 

“Saya sangat menghormati warisan British yang ada pada Burberry dan tarikan global jenama ini. Saya juga merasa teruja dengan potensi yang ada pada jenama luar biasa ini,” ujar Tisci dalam kenyataan rasmi.