Tak dinafikan lagi, 2020 adalah tahun yang aktif buat Selena Gomez. Melahirkan album ketiga, “Rare” pada bulan Januari (album penuh pertama sejak 2015), muncul dengan jenama kecantikkan sendiri “Rare Beauty”, terlibat dengan pergerakkan “Black Lives Matter”, aktif berkempen politik dan banyak lagi. Selena bukan lagi sekadar penyanyi dan pelakon, malah berjaya mengembangkan portfolionya dalam bidang perniagaan, aktivis, pengacara program, produser filem dan tentunya teguh sebagai ikon generasi muda.
Lebih membanggakan lagi, baru sahaja dinamakan sebagai “People of The Year” oleh majalah People, Selena Gomez terlebih dahulu tersenarai antara individu paling berpengaruh 2020 oleh Time Magazine. Dalam bulan yang sama, Selena melancarkan rangkaian produk kecantikkan (menawarkan set gincu, pembayang mata, bedak asas, primer) hasil kerjasama dengan Sephora.
“Rare Beauty” bukan produk kecantikkan yang klise. Menurutnya, “Rare Beauty” turut mempromosikan standard baru kecantikkan. Dia mahu menyebarkan kepositifan khususnya di kalangan wanita masa kini yang berdepan streotaip dan pelbagai cabaran hebat. Dalam kempen iklan “Rare Beauty”, Selena bersama wanita-wanita pelbagai identiti, personaliti dan latar belakang bersatu mempromosikan diversifikasi dan ‘women empowerment’.
Selain itu, Selena juga giat memperjuangkan aktiviti juga pelbagai isu kesihatan mental. Memandangkan, secara peribadinya, Selena pernah mengalami masalah mental dan dia mahu isu kesihatan mental ditangani sebaiknya. Di samping itu, mahu menghapuskan stigma masyarakat terhadap pesakit-pesakit yang mengalami isu kesihatan mental. Selena berhasrat untuk menyingkir tanggapan negatif terhadap isu masalah mental, yang mana sering kali membuatkan pestkit yang menghidapi penyakit mental, menderita dalam senyap.
Momen-momen fesyen Selena Gomez sepanjang 2020 juga tak kurang hebatnya. Telah banyak momen fesyen yang dicetus Selena sepanjang tahun ini, biarpun krisis pandemik berleluasa. Ternyata, krisis pandemik Covid-19 tidak mengalang Selena untuk kekal ‘stylish’. Ayuh, imbas momen-momen fesyen Selena sejak awal Januari sehinggalah ke penghujung 2020.
JANUARI
Sejurus selepas pelancaran album “Rare”, Selena menghadiri majlis tayangan filem “Dolittle” dengan memakai rekaan Givenchy Fall 2019 Couture. ‘Look’ tersebut disempurnakan dengan turtleneck merah jambu yang dipakaikan dengan kilauan rantai Messika. How chic! Solekannya pula, diseimbangkan dengan gincu merah jambu-ros dan pembayang mata warna pastel. Pretty in pink, indeed.
Selena Gomez tampil dengan solekan dan gaya rambut garapan trend ’60s dalam rekaan Miu Miu sewaktu muncul dalam program temu bual bersama Jimmy Fallon.
Dalam perjalanan ke studio ABC untuk program “Live With Kelly”. Memakai sut ‘burnt orange’ ilham pereka Gauge81 dari Amsterdam
FEBRUARI
Selena membuktikan LBD (little black dress) adalah pilihan stail terbaik. Memilih dress midi berlengan panjang hasil rekaan pereka fesyen New York-Khaite.
Memakai rekaan Patou dalam rona merah jambu ke 2020 Hollywood Beauty Awards di Los Angeles.
Selena Gomez dalam muzik video “Boyfriend”. Dia menyarung dress midi berlabuci dari jenama Cushnie. Disempurnakan dengan rantai vintaj Chanel.
MEI
Selena ringkas sewatu menjalani ‘lockdown’. Ringkas dalam ‘chic sweatsuits’ dan selipar dalam rumah warna merah jambu. A perfect look for stay at home.
OGOS
Tergempar! Selena Gomez berkolaborasi dengan kumpulan BLACKPINK untuk single hit “Ice Cream”. Selena muncul dalam empat outfits berbeza-beza.
Selena melancarkan kempen “Rare Beauty”. Produk kecantikkan pertamnya bersama Sephora.
OCTOBER
Selena merias wajahnya sendiri menggunakan koleksi solekan Rare Beauty untuk penggambaran muka hadapan majalah Allure. Sempena pelancaran jenama kecantikkannya tersebut.
DISEMBER
Menutup tirai 2020 dengan menghiasi ‘cover’ Vogue Mexico edisi Disember 2020.