7 Sepatu Boots Bakal Breakout Pada Musim Luruh/Sejuk 2023 Ini
Pejam celik, sudahpun masuk musim fall/winter. Kali ini GLAM kongsikan sepatu boot wanita terbaik yang anda boleh cuba dalam penampilan.
Walaupun secara teknikal anda boleh memakai sepatu boot wanita pada bila-bila masa sahaja namun waktu musim luruh atau sejuk biasanya masa yang terbaik untuk memakai sepatu ini kerana ia bukan sahaja dapat membuatkan kita rasa warm, ia juga sangat chic!
Bahkan ada yang berpendapat almari musim luruh/sejuk tidak akan lengkap jika tiada sepatu boot kerana ianya selasa, serba boleh, kukuh, dan boleh dipakai dengan apa penampilan sekalipun.
7 Sepatu Boot Wanita Terbaik Fall/Winter 2023
Marilah kita semua mengucapkan sayonara yang kepada sandal dan helo kepada kasut boots yang lebih anggun dan lebih kukuh.
1. Lug Sole Boots

2. Fold Over Boots
Siluet high-fashion boot fold over ini adalah sangat funky dan juga kelihatan klasik. Anda mungkin pernah melihat sepatu boot wanita ini di seluruh tempat pada setiap tahun. Sekarang sudah kembalinya musim memakai boot dan anda mungkin akan melihat boot seperti ini lebih banyak pada musim Fall/Winter.
Untuk anda yang tidak biasa melihat dan memakai boot ini, boot lipat ini ia seperti anda memakai seluar kerana boot ini mempunyai lapisan fabrik tambahan yang melilit di sekeliling kaki anda sehingan buku lali.

3. Knee-High Heeled Boots
Knee-High Heeled Boot ini semakin popular dan digemari oleh orang ramai apabila selebriti seperti Taylor Swift dan Beyonce memakainya di konsert jelajah mereka yang baru-baru ini.
Gaya ini bukan sahaja akan memberikan anda retro vibes tetapi, ia juga menambahkan sentuhan feminine yang anda cari selama ini dan juga cukup selesa untuk dipakai sepanjang hari.

4. Cowboy Boots
Yee-Haw! Semestinya boot cowboy ini ada di dalam senarai kami! Melangkah ke musim fall/winter dengan gaya yang swagger yang sangat mengangumkan, boot ini pasti membuatkan anda tampak sangat bergaya. Walaupun boot ini datang dalam pelbagai warna dan gaya namun pilihan ton neutral sangat sesuai untuk gadis bergaya.
Apa yang menarik tentang boot cowboy ini ialah ianya serba boleh kerana anda boleh memakainya dalam mana-mana musim. Ia boleh dipadankan dengan seluar jeans untuk penampilan kasual atau skirt atau pakaian untuk penampilan yang lebih formal.

5. Ankle Boots
Tidak kira apa pun trend yang datang, ankle boot antara wardrobe staples buat penggemar fesyen. Ianya kerana sepatu boot wanita ini sangat klasik dan tidak pernah ketinggalan zaman.
Selain itu ankle boot ini sangat sesuai untuk dipakai kemana sahaja kerana ia memberi sokongan yang mencukupi. Kasut boot ini diperbuat daripada bahan tahan lasak dan berkualiti tinggi.

6. Pointed-Toe Boots
Pointed-Toe Boot akan menjadi sangat popular dan hangat untuk musim Fall/Winter 2023. Gaya kasut pointed-toe boot ini telah dilihat di seluruh fesyen runway pada tahun 2023 seperti Jimmy Choo mahupun Prada.
Ia merupakan berita baik bagi kaum wanita yang lebih suka memakai boot berbanding heels. Lebih-lebih lagi sepatu boot wanita ini adalah pilihan yang sempurna untuk gabungan sexiness dan comfort.
Boot ini sangat cantik jika dipadankan dengan skirt atau dress kerana ia membuatkan anda tampak sangat elegant.

7. Square-Toe Silhouette Boots
Square-Toe Silhouette boot telah wujud sejak dahulu lagi, terima kasih kerana jenama-jenama terkenal seperti Bottega Veneta, By Far dan lain-lain. Ia antara trend yang ramai jangkakan akan breakout dalam masa beberapa bulan nanti.
Pereka bentuk seperti Adam Lippes dan Jacquemus menggemari bentuk boxy dalam koleksi musim Fall/Winter 2023 mereka. Trend boot ini merupakan alasan yang cukup untuk dipanggil sebagai trend green-lit untuk musim hadapan.

Artikel Berkaitan : “Urban Layering”, Ekspresi Utama Onitsuka Tiger Musim Luruh 2023
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
