Simbol Gaya Parisienne Yang Bersahaja, Longchamp Le Foulonné
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioKoleksi tas tangan Le Foulonné Musim Sejuk 2025 meraikan keanggunan minimalis dengan sentuhan kewanitaan, mempersembahkan reinterpretasi beg ikonik Longchamp yang kekal elegan, praktikal namun penuh karakter buat penggemar fesyen berjiwa Parisienne.
Longchamp membawa semula keanggunan klasik dengan wajah baharu koleksi tas tangan Le Foulonné bersempena Musim Sejuk 2025. Mewakili semangat minimalis yang berakar dalam budaya Parisienne, koleksi ini tampil dengan bentuk feminin yang lembut serta material kulit bijian halus yang dikenali akan kelembutannya yang hampir baldu. Inilah interpretasi kontemporari terhadap gaya ‘quiet luxury’ yang kini menjadi pilihan wanita bergaya musim kini.

Siluet Feminin Dan Esen Minimalism, Interpretasi Gaya Abadi Buat Wanita Moden Longchamp
Dalam dunia fesyen yang semakin menghargai kesederhanaan dan minimalism, Le Foulonné hadir sebagai lambang citarasa yang halus dan autentik. Sama ada memilih beg bersaiz mini berbentuk bulat, beg silang praktikal untuk gaya hidup aktif, atau tote besar yang lapang, himpunan koleksi ini menawarkan pelbagai pilihan yang mengekalkan esen bergaya. Palet warnanya juga menambah nilai kekal dan versatil termasuk rona hitam pekat, taupe hinggalah ke putih kertas, serta rona semula jadi seperti kuning pala, hijau caper dan biscuit yang hangat.

Apa yang membezakan Le Foulonné bukan sekadar siluet atau warna, tetapi juga perincian yang halus namun penuh karakter. Gesper bujur yang direka semula memberi penghormatan kepada warisan equestarian jenama ini dan membolehkan pemiliknya menyarungkan pesona peribadi seperti rantai atau cenderamata. Lantas, menjadikan setiap beg ini unik dengan sentuhan individu. Tandatangan timbul label ini pula melengkapkan sentuhan elegan, bagaikan simbol eksklusif buat penata gaya wanita Longchamp yang penuh kekinian.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1978, tas tangan Le Foulonné kekal sebagai nadi kepada visi kreatif jenama dari Perancis ini. Di tangan Pengarah Kreatif Longchamp, Sophie Delafontaine, barisan ini terus berkembang tanpa meninggalkan identiti asalnya. Koleksi ini bukan sekadar aksesori, tetapi lanjutan kepada personaliti buat si pemakai dan memancar refleksi cita rasa, keyakinan dan keanggunan yang nyata effortless.

Artikel Berkaitan: Koleksi Longchamp x Constantin Meraikan Seni Dan Warisan Kota Paris
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
