Taylor Swift Dan Stella McCartney Lancarkan Kolaborasi Fesyen Untuk ‘Lover’
Penyanyi pop terkemuka, Taylor Swift baru saja melancarkan album studionya yang terbaru iaitu Lover. Berikutan dengan itu, Taylor turut bekerjasama dalam satu usahasama fesyen bersama pereka terkenal Stella McCartney dalam mengeluarkan koleksi kapsul ‘Lover’yang baru saja diumumkan di akaun Instagram masing-masing.

Di akaun Instagram Taylor, pautan dan cara untuk memesan koleksi ini turut disertakan termasuk katalognya. Diinspirasi dari album ‘Lover’, koleksi kasual untuk lelaki mahupun wanita (unisek) ini dihiasi corak pelangi serta graviti dengan warna pastel yang menawan.
https://www.instagram.com/p/B1mbEO2jPZK/
Menerusi sumber dari Vogue, usahasama ini terjadi apabila mereka berdua berjalan-jalan di kotaraya London sewaktu konsert jelajahnya. “Ketika saya menghabiskan waktu di London, Stella dan saya bersiar-siar sambil meminum koktail, dan berbicara tentang kehidupan. Saya menulis namanya di dalam salah satu lagu, dan ketika saya memainkannya, saya berkata pada Stella, ‘Haruskah kita melakukan sesuatu?’ “ujar Swift.
Sekilas pandang akan koleksinya mirip dengan filter foto di Instagram Taylor yang menawarkan item-item seperti topi, jaket, sweater, kemeja T, beg dan banyak lagi. Selain itu, seluruh koleksi juga beridentitikan Stella McCartney yakni tidak menggunakan produk bulu atau kulit binatang.
Jom kita lihat kesemua koleksi Taylor Swift X Stella McCartney yang disediakan.

Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
