fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Semangat Segar di Kate Spade New York
5 Item Fesyen Harus Anda Bawa Sewaktu Bercuti
Hotel Vivier: Penginapan Mewah Dengan Cita Rasa Baharu
MET GALA 2023, Penelope Cruz Berbicara Tentang Karl Lagerfeld
Selebrasi Musim Panas, Kate Spade New York Sambut Koleksi Penuh Warna
Home > Fesyen > The Alphabet dUCk Satu Koleksi Inspirasi Peribadi

The Alphabet dUCk Satu Koleksi Inspirasi Peribadi

dUCk adalah satu jenama gaya hidup yang cukup popular dikalangan wanita Malaysia. Pesona D yang chic itu cukup dekat dengan hati kelompok wanita muda moden. Jenama ini terus menakluki pasaran gaya hidup daripada solekan, tudung dan barangan keperluan lain. Kini ia berkembang lebih mekar dengan pelancaran The Alphabet dUCk yang mana meraikan nilai keperibadian setiap orang. Koleksi The Alphabet dUCk ini adalah himpunan yang paling besar pernah dilakukan oleh dUCk.

Memilih “Truely be Yourself” sebagai cogan utama buat koleksi ini, dUCk meraikan 26 huruf yang memberi simbol inklusif. Kesemua abjad ini direka dengan menggukana font kash buat koleksi yang cukup feminin. Setiap huruf pula digandingkan bersama rekaan bunga yang melembutkan gaya. dUCk dengan besar hati melancarkan lima item buat koleksi ini. Ada skarf yang dihiasi bunga bersama setiap huruf. Selain itu, The Alphabet dUCk juga lancarkan twilly, beg tote, keychain dan baju beropol dengan cetakan huruf sebagai penyeri.

Pautan Berkenaan: Ken Scott Ilhamkan Bunga-Bunga Buat Gucci