The New Normal

Giorgio Armani masih utuh menghasilkan ceraian yang praktikal melalui pelancaran koleksi Giorgio Armani New Normal pada tahun lalu mengukuhkan lagi jenama ini dalam memastikan gerobok wanita kekal klasik serta masih memiliki sentuhan Giorgio Armani.
 

Peter Lindbergh bersama Giorgio Amani

Peter Lindbergh bersama Giorgio Amani


 

Apakah sebenarnya makna normal? Adakah ia masih lagi wujud? Ini kerana benda yang kelihatan normal itu sering kali bertukar ganti, mengikut budaya pop yang selalu mencuit cara kita meneruskan kehidupan seharian. Orang sekarang sentiasa mahukan yang baru. What is new? Soalan ini sering dilontarkan dan sukar memberikan jawapan. Namun, itu tidak menjadi satu halangan buat Giorgio Armani. Dengan resume yang hebat, dia tahu apa yang baru dan yang normal. The new normal adalah kunci penting buatnya. Dia memperlihatkan definisi baru normal kepada kelompok fesyen. Ia bukan tentang trend semasa, ia adalah sesuatu yang klasik namun punya rencah yang segar.

 

D1572-050-0307-4

 

Setelah lebih 40 tahun berkecimpung di dalam arena fesyen, wajarlah setiap apa yang disarankan oleh Giorgio Armani. Ideanya untuk melancarkan koleksi New Normal ini adalah untuk memberi idea kepada wanita agar lebih bijak dalam menjadi diri sendiri. Ceraian klasik yang dipersembahkan menjadi satu entiti penting dalam gerobok wanita. Rekaannya tidak mengikut trend musim malah seni pembuatannya juga punya fokus yang paling jitu. Koleksi New Normal ini tidak punya rasa desakan dan tekanan, kerana ia tidak berkiblatkan gaya sekarang. Lebih kepada sifat individual. Selain itu, koleksi yang sudah masuk musim kedua ini menggunakan rona-rona semula jadi.

 

 

Bersempena dengan koleksi New Normal oleh Giorgio Armani ini turut melancarkan kempen fesyen yang dirakam oleh Peter Lindbergh. Melalui kempen ini Armani mahu menyampaikan mesej yang feminin itu adalah aura yang tidak dimamah usia. Wanita-wanita yang menyarungkan koleksi New Normal adalah mereka yang memiliki personaliti kuat serta menjadikan gaya sofistikated sebagai karakter utama. Maka, Lindbergh dan Armani menyatukan Nadja Auermann, Yasmin Le Bon, Stella Tennant dan Eva Herzigova buat kempen ini. Mereka ini membiaskan rasa autentik serta mampu menjadi aspirasi kepada wanita lain.

POST A COMMENT