‘The Poetics Of Everyday’ Oleh Valentino
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioLabel mewah Maison Valentino menghadirkan kempen terbaharu, “The Poetics of Everyday” yang meraikan keindahan dalam detik harian yang tampak biasa. Kempen ini dibintangi oleh barisan model seperti Amelia Gray, Kai Schreiber, Lorenzo Zurzolo, Scarlett White serta Sophie Thatcher.
Di kala era modenisasi yang bergerak pantas, Valentino mempersembahkan kempen Musim Luruh Valentino 2025 yang muncul sebagai keindahan kelembutan dalam detik harian. Ia seperti suatu ruang yang merintis semula akan makna kehidupan. Mengangkat tajuk, ‘The Poetics of Everyday’, kempen ini diarah oleh Pengarah Kreatif Alessandro Michele membawakan keindahan dalam kebiasaan. Di mana, Michele menawarkan satu pandangan baharu terhadap kehidupan seharian yang sering dilupakan dalam kesibukan dunia.

Estetika Kempen Musim Luruh Valentino Yang Penuh Makna
Di tengah-tengah ledakan imej yang menjerit momen kehidupan seharian, Michele mengusulkan falsafah kehadiran iaitu satu dasar perhatian untuk memperlahankan langkah serta memandang dunia dengan lebih mendalam. Di dalam kempen ini, sebuah kamera statik menjadi pemerhati, menangkap keajaiban ketenangan seperti pintu yang terbuka perlahan, singgah sana bar yang hidup di waktu pagi dan ritual halus bercahaya yang menyelinap masuk. Di sinilah, momen kecil dan tampak remeh menjadi tumpuan utama, menghidupkan kembali rasa pesona terhadap perkara ‘biasa’.

The Poetics of Everyday tidak memburu akan keajaiban besar atau transformasi dramatik. Sebaliknya, ia menyeru untuk mendakap kehidupan seadanya dengan segala intipati kehidupan serta menjalani dengan sepenuhnya. Michele melepasi anestesia visual zaman ini, untuk benar-benar menghargai keindahan yang terselit dalam gerak-geri harian yang sering abaikan.

Melalui kempen ini, Valentino bukan sekadar mempersembahkan estetika baharu, malah satu etika yang patut diinjek dalam kehidupan yang berbisik secara lembut dan diperhati dengan jiwa, bukannya melahap tanpa rasa. Ia adalah seolah seperti keajaiban kecil dalam keberadaan yang mana, memberi satu penghormatan kepada seni untuk hidup dengan penuh kepekaan, kesederhanaan dan keintiman. Kempen Valentino Musim Luruh kali ini nyata membawa maksud mendalam tentang kesederhanaan rutinlah terletaknya keajaiban sebenar.
Artikel Berkaitan: Freen Sarocha Duta Terbaharu Buat Maison Valentino
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
