Coach Bawakan Tiga Pop-up Eksklusif Bersempena Menyambut Musim Perayaan
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioBagi meraikan musim perayaan kali ini, Coach mempersembahkan tiga pop-up eksklusif, menawarkan pelbagai pengalaman yang mengasyikkan buat para pengunjung!
Jenama Coach menyambut musim percutian tahun ini dengan membawakan tiga pop-up eksklusif bagi merayakan musim yang cukup dinanti-nantikan apabila menjelang sahaja hujung tahun. Mengambil tempat di Gurney Plaza, Genting Highlands Premium Outlets (GHPO) dan The Exchange TRX, ia merupakan ruang yang menyala serta mempersonakan, lantas menjemput pengunjung melangkah ke dalam dunia keceriaan yang penuh bergaya.

Coach Holiday Pop-up menghidupkan semangat perayaan, menampilkan ruangan pop-up dengan rona merah bersama perincian lampu yang cukup meriah. Ia sebagai tanda meraikan musim perayaan yang menjelang tiba. Ketiga-tiga pop-up ini menghadirkan item fesyen seperti tas tangan oleh Coach, buat yang menginginkan untuk membeli-belah di musim perayaan ini. Selain itu, pengunjung juga diberi peluang untuk mencipta kenangan seperti detik bergambar di ruangan yang cukup menawan bersama yang tersayang.

Buat yang menyinggah di antara salah satu pop-up ini, pengunjung juga diberi peluang untuk merasakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Di mana, Coach Holiday Pop-up menawarkan buat para pengunjung untuk menembus dan menikmati hadiah percutian yang eksklusif. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk Coach Holiday Greeting Card, Holiday Candies dan mini Coach gift. Namun, untuk menjadikan ianya musim percutian yang lebih menyeronokkan, Coach bawakan hadiah istimewa kepada peserta yang menyertai Coach Insider dan bertuah, memenangi hadiah utama iaitu tas tangan daripada Coach.

Coach Holiday Pop-up Mengambil Alih Tiga Tempat Bagi Meraikan Musim Perayaan Yang Mengasyikkan!
1. Gurney Plaza

Antara salah satu tempat buat Coach Holiday Pop-up anjuran Coach Malaysia adalah di Gurney Plaza, bermula dari 28 November 2024 sehingga 2 Januari 2025. Pengunjung yang hadir boleh meneroka dan merasai pengalaman baharu, serta tidak dilupakan juga dengan acara ‘giveaway’ yang disediakan untuk dicuba.
2. Genting Highlands Premium Outlets (GHPO)

Buat acara pop-up di GHPO pula, ternyata lebih menarik. Hal ini kerana, ia turut menampilkan The Coach Coffee Shop yang menawarkan pelbagai pilihan menu menarik seperti kopi istimewa, coklat panas dan hidangan pemanis mulut bersempena musim perayaan. Coach Holiday Pop-up di GHPO ini berlangsung dari 2 December 2024 sehingga 2 Januari 2025 akan datang.
3. The Exchange TRX

Lokasi terakhir buat Coach Holiday Pop-up adalah di pusat membeli-belah, The Exchange TRX. Bermula dari 4 December 2024 sehingga 2 Januari 2025, ia boleh ditemukan di hadapan butik Coach untuk pengunjung meneroka dalam meraikan musim perayaan yang lebih istimewa.
Artikel berkaitan: Coach Bawakan Nuansa Ramadan & Spirit Warisan New York yang Autentik di Pavilion KL
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
