fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Koleksi Terbaharu Anya Hindmarch Ketengahkan Individualiti
NYFW: Victoria Beckham Lancar Koleksi Kasut
Sama Sama Cantik! Ini Dia 8 Personaliti Anggun Mewarisi Kejelitaan Si Ibu
Adila Long Cruise 2016
GLAM Persona: Next Gen 2021

Trend Bag Berganda Chanel Bunga/Panas 2018 Menarik Perhatian Golongan Fashionista

Foto Olivier Saillant

Berlatarbelakangkan ngarai inspirasi Gorges du Verdon, Chanel mempersembahkan koleksi musim Bunga/Panas 2018 mereka sewaktu Minggu Fesyen Paris baru-baru ini. Bermotifkan tona-tona akuatik, Karl Lagerfeld memanipulasikan rona-rona iridesen dan menerapkan elemen akuatik berdasarkan visinya ke dalam setiap ceraian dan perincian menghasilkan sebuah kisah yang indah. Setiap satunya ibaran imbasan cahaya atas permukaan air di bawah sinaran matahari dan bulan. Padanan sesuai dengan musim bunga dan panas.

 

Apa yang menarik perhatian disebalik kreativiti yang dipamerkan Lagerfeld dalam koleksi ini adalah penggayaan bag berganda menerusi beberapa aksesori di atas pentas peragaan Chanel. Tas tangan tote PVC dipadankan dengan tas tangan kulit dari siri Boy Chanel dan Gabrielle memberikan look yang baru, inovatif, dan fashionable.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto Bas Losekoot

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse