fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Tribute Virginie Viard Untuk Coco Chanel
Anne Hathaway Beri ‘Sneak Peek’ Fesyen Dari The Devil Wears Prada 2
GLAM First: Dior Musim Luruh 2022 di Seoul
Fesyen Rihanna Ketika Bersama Putera Harry
Gucci Didakwa Mencuri Idea Seorang Pelajar Central Saint Martins

Vivienne Travellers, Pusing Dunia Beri Penghargaan!

Ayuh pusing satu dunia dengan koleksi loket kristal baharu Vivienne Travellers daripada Louis Vuitton!

Bersempena dengan perayaan musim hujung tahun, maskot comel Louis Vuitton bernama Vivienne kembali menemui peminatnya! Kali ini Louis Vuitton memberikan pengalaman pusing satu dunia bersama koleksi Vivienne Travellers. Maskot comel Louis Vuitton yang muncul di dalam siri permainan digital itu direka mewah dengan tatahan kristal serta 11 watak yang berbeza-beza. Setiap rekaan ini mengabadikan budaya yang dekat dengan Louis Vuitton.

vivienne travellers

Koleksi Vivienne Travelllers yang eksklusif ini direka dengan teknik seni pembuatan barang kemas. Nilai artisan yang diletakkan dalam penghasilannya cukup rumit. Setiap item bukan sahaja bolej dijadikan loket pada rantai, malahan boleh disemat sebagai kerongsang. Pengumpul Vivienne juga boleh jadikan bintang comel ini sebagai perhiasan dekorasi rumah. Letakkan barisan maskot sarat kristal ini pada bekas Louis Vuitton, menambah kemewahan mahligai!

LIMA VIVIENNE TRAVELLERS PILIHAN GLAM!

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse