7 Warna Ramalan Bakal Popular Tahun 2024 Pilihan GLAM
Dekati warna ramalan bakal popular pilihan GLAM agar gaya fesyen anda untuk tahun 2024 ini akan tampil lebih bergaya.
Menginjak ke tahun 2024 ini, pasti ada yang ternanti-nanti ingin mengetahui pilihan warna yang bakal popular dan memeriahi tahun ini. Warna ramalan yang bakal popular ini akan menampilkan warna yang jauh berbeza daripada tahun sebelumnya. Tahukah anda, mainan rona dalam suntikan gaya anda amat penting kerana ia mempunyai kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri langsung membuatkan si pemakai kelihatan terserlah apabila memakainya.
Warna itu terhasil daripada pantulan cahaya objek yang dapat dikesan oleh mata kita semua. Kewujudan warna adalah bagi memeriahkan lagi suasana dan menjadikan sesuatu perkara itu lehih menarik dan indah dipandang. Warna secara tidak langsung mampu mengubah emosi seseorang. Tanpa warna hidup kita akan menjadi suram dan kosong. Warna menjadikan setiap individu itu unik dari segi tersendiri. Pemilihan pakaian dan perhiasan seperti beg dan kasut juga perlu digayakan dengan warna yang sesuai supaya ianya sesuai dan kelihatan menarik.
Berbicara mengenai warna, pembawaan warna dalam fesyen seseorang mempengaruhi watak yang cuba dibawa oleh si pemakai. Kita boleh mengenalpasti dari awal bagaimana pembawaan dan watak seseorang itu dengan warna yang digayakan. Setiap warna juga ada mesej yang cuba disampaikan oleh si pemakai. Pada GLAM, warna dan mesej amat berkait rapat antara satu sama lain sebagai satu media penyampaian yang tidak langsung kepada yang memandang.
Warna ramalan amat dinantikan ramai kerana ia bertujuan sebagai garis pengukur dan panduan kepada mereka di luar sana untuk membuatkan fesyen dan gaya estetika tampil lebih relevan dan mengikuti aliran trend moden hari ini.
Mesti ramai yang tertanya akan ramalan warna popular tahun 2024 bukan? Jadi di sini GLAM telah melampirkan beberapa warna yang bakal popular pada tahun 2024. Meskipun begitu, pilihlah palet warna dengan berhemah supaya warna yang dipilih sesuai dengan cita rasa dan kena dengan ‘taste’ masing-masing.
Mari Kenali Warna Ramalan Bakal Popular Tahun 2024 Pilihan GLAM
1. PEACH FUZZ

sumber imej daripada pinterest
2. WARNA RAMALAN BAKAL POPULAR: BIRU TRANSASI

sumber imej daripada pinterest
3. MERAH BERSERI-SERI
sumber imej daripada pinterest
4. CYBER LIME
sumber imej daripada pinterest
5. HAZE LILAC
sumber imej daripada pinterest
6. SUSTAINED GREY
sumber imej daripada pinterest
7. COOL MATCHA

sumber imej daripada pinterest
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.




