Yang Ikonik Untuk Diingati & Oscar 2025 Pula Bagaimana?
Pencalonan untuk Anugerah Akademi ke-97 telah diumumkan pada 23 Januari 2025, setelah dua kali ditangguhkan akibat kebakaran hutan di Los Angeles. Mendahului tahun ini ialah muzikal berbahasa Sepanyol Emilia Pérez (dengan 13 pencalonan, mencatat rekod untuk filem asing paling banyak dicalonkan dalam sejarah Anugerah Akademi), adaptasi filem-muzik Wicked, dan epik sejarah The Brutalist. Ketiga-tiga bertanding untuk anugerah terbesar – Gambar Terbaik, bersama senarai bumper: The Substance, Anora, Conclave, A Complete Unknown, Dune: Part Two, I’m Still Here dan Nickel Boys. Nampaknya, persediaan untuk Oscars 2025 sedang berjalan lancar dan GLAM kongsi apa yang anda perlu tahu tentang malam paling berbintang dalam musim anugerah – termasuk mengenai fesyen permaidani merah yang paling ikonik.
Siapa dapat lupakan penyanyi ikonik Cher yang mengenakan persalinan Bob Mackie 1986 [lengkap dengan aksesori bulu, top bra bertatah permata dan skirt berpotongan low-slung. Manakala penyanyi bersuara emas, Celine Dion mengenakan tuxedo satin putih terbalik (belakang ke hadapan) atau juga gaun angsa Björk? Antara Debut Oscar yang tidak dapat dilupakan termasuk superstar Rihanna, yang tampil dalam penampilan Alaïa kulit coklat semasa hamil pertama kalinya pada 2023, dan Lily Gladstone dalam Gucci custom pada majlis 2024.

Begitu juga dengan seleksi vintaj, tetapi apa yang baru? Julia Roberts dan Reese Witherspoon mengambil anugerah dengan memakai gaun arkib oleh Valentino Garavani dan Dior pada awal 2000-an. Sementara itu, Halle Berry mencipta sejarah dengan menjadi wanita kulit hitam pertama yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik untuk peranannya dalam Monster’s Ball, Berry pada malam itu mengenakan persalinan gaun taffeta dan tulle bersulam yang sungguh indah nan memukau rekaan Elie Saab.

Bagi majlis 2025 pula? Walaupun pencalonan sudah diumumkan, bintang-bintang filem yang paling hangat diperkatakan tahun ini dijangka hadir, termasuk Zoe Saldaña, Cynthia Erivo, Ariana Grande, Saoirse Ronan dan Angelina Jolie. With the most in-demand stylists and designers dihujung jari, GLAM tidak sabar untul roll-out all the best dress kelak!
Stay tuned!
Artikel Berkaitan: Senarai Pencalonan Oscar 2025
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
